Selamat Bercuti

Sempena Cuti Umum Hari Pekerja, semua pelajar-pelajar SSJB dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Walaubagaimanapun diharap mereka tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan pertengahan tahun akan dijalan kan pada 18 Mei 2009.

Sama-samalah kita berdoa agar semua pelajar akan balik ke asrama pada hari dan masa yang ditetapkan.

Konsert Apresiasi 2 di RTM Johor Bahru

Beberapa orang pelajar dan guru dari SSJB terlibat dalam persembahan Konsert Apresiasi 2 Negeri Johor. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari bidang Seni Muzik dan Teater yang akan menjayakan persembahan tersebut.

Konsert ini adalah merupakan konsert kedua yang dikelolakan oleh JPNJ selepas tahun 2006 iaitu konsert kali pertama dibuat. Konsert ini bertujuan untuk menunjukkan bakat-bakat dalam bidang seni persembahan oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah negeri Johor.

Pelajar Seni Teater akan melakonkan beberapa watak pada setiap permulaan segmen-segmen persembahan. Mereka berperanan sebagai pengganti kepada juruacara yang mana dialog-dialog yang disampaikan adalah berkaitan dengan informasi mengenai persembahan yang telah dipersembahkan dan persembahan yang akan disampaikan selepas lakonan tersebut.

Bagi pelajar muzik pula, dua orang pelajar tingkatan 1 iaitu Balqis dan Zariff bertugas sebagai pemuzik violin dan kompang.

4 orang penyanyi SSJB iaitu Diana, Liyana, Syazliana dan Farahin pula akan menyampaikan sebuah lagu dalam persembahan yang akan turut disaksikan oleh Dato KPPM dan Pengarah Pelajaran Johor.

Maklumat Konsert.

Tarikh : 2 Mei 2009
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi ( raptai 1)
8.30 malam ( Persembahan)

Semua yang membaca blog ini dijemput hadir jika ada kelapangan.

Mesyuarat Kesenian

Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik penolong Kanan

Dipengerusikan oleh Pengetua SSSJB.

Membincangkan tentang hasil daripada mesyuarat bersama LPM di Goodhope hotel semalam.
Aktiviti-aktiviti kesenian, masalah-masalah dan hal-hal lain.

Mesyuarat tamat pada jam 11.00 pagi

Pertandingan Nasyid Antidadah Daerah

Tahniah kepada kumpulan nasyid SSJB yang mendapat tempat ketiga daripada 14 buah pasukan yang bertanding dalam pertandingan tersebut.

Walaupun cuma hanya sempat berlatih selama dua jam sahaja jumlah latihan.

Ini kerana kesibukan aktiviti-aktiviti di sekolah dan di luar sekolah menyebabkan latihan tak dapat dibuat sehinggalah semalam dan pagi tadi.

Oleh itu sewajarnya ucapan tahniah diberikan kepada anda semua. Harap hal ini tidak melemahkan semangat anda OK.

Tahniah kepada semua jurulatih muzik - Ayahanda Rahim yang memberi tunjuk ajar dan mengiringi kumpulan nasyid ke pertandingan tersebut di SMK Mohd Khalid.

Mesyuarat Guru SSJB 2009



Mesyuarat dipengerusikan oleh Cik Hjh Rohana Ismail, Pengetua SSJB di bilik 2 Masri pada jam 2.45 petang.

Anatara agenda mesyuarat adalah :

  • Pelantikan Jawatankuasa Sempena Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (28 April 2009) dan
  • Lawatan Muhibbah Pelajar-pelajar Arab Saudi (27 April 2009).
  • Pemantauan PBS oleh pegawai LPM.
  • Persembahan pelajar untuk menyambut tetamu.

Tahniah kepada pelajar yang telah membuat persembahan di KLBookFair di PWTC

Tahniah kepada pelajar-pelajar dan jurulatih yang telah menjayakan persembahan di Pesta Buku Anatarabangsa Kuala Lumpur 2009 bertempat di Dewan Merdeka PWTC semalam.

Walaupun makanan tengah hari dan minuman tidak disediakan oleh pihak penganjur tapi anda masih tabah menghadapi cabaran tersebut.

Tahniah sekali lagi.. terutama kepada Ayahanda Jabar dan Rahim serta bonda Mah.
Tidak lupa kepada Cikgu Mahadzir dan staf-staf yang terlibat.

Gambar tak ada... kamera aku rosak...

Hari terakhir Cik Hawa Syamsina di SSJB

Ramai pelajar-pelajar yang menitiskan air mata kerana hari ini adalah merupakan hari terakhir bagi Cik Hawa Syamsina (guru Bahasa Inggeris) di sekolah ini.

Beliau adalah merupakan seorang guru yang sangat komited kepada tugasnya walaupun baru bertugas di sekolah ini pada bulan 11 tahun lepas.

Beliau telah diarahkan untuk bertugas sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Segamat, Johor oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah menaja pengajian beliau di UTM sebelum ini. Oleh kerana terikat dengan perjanjian penajaan tersebut, beliau terpaksa akur dan meletak jawatan beliau sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan (guru).

Apa-apapun segala budi baik yang telah dicurahkan oleh Cik Hawa akan tetap kami kenang. Sebagai mewakili warga sekolah ini, kami ingin memohon maaf dari Cik Hawa seandainya terdapat salah dan silap selama beliau berkhidmat di sekolah ini.

Saya juga begitu yakin bahawa Cik Hawa akan mempunyai berjaya dengan kerjaya beliau di masa-masa akan datang.

Selamat Bertugas di tempat baru.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Terima kasih

Persembahan Festival Kesenian di Angsana 8 April 2009

Pelancaran Festival Kesenian Sekolah Seni Johor Bahru telah diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru. Ia adalah merupakan satu program Kesenian panitia Pendidikan Kesenian pada tahun ini.

Program ini sebenarnya adalah program di peringkat sekolah tetapi telah dibuat majlis perasmiannya di Plaza Angsana yang juga bersempena dengan Program Pameran Produksi Seni Visual - XpresiV.

Selain daripada persembahan muzik, teater dan tari, turut ditampilkan bakat para pelajar SSJB dalam bentuk demonstrasi batik, cetakan, multimedia, makeup, catan dan sebagainya.

Turut dipamerkan karya-karya pelajar Visual SSJB yang telah dihasilkan oleh mereka dengan bimbingan jurulatih Seni Visual.

Turut hadi sama adalah pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah membuat pemantauan dan rakaman dari segi aspek pengurusan Pameran Seni Visual tersebut oleh pelajar-pelajar SSJB.

Majlis Pelancaran tesebut telah disempurnakan oleh En Mohamed Yamin bin Mohamed Yusof, Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Seni, BSSK.

Sambutan orang ramai sungguh menggalakkan dan meraka berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar SSJB.

Persembahan telah dijalankan dalam dua sesi iaitu
  • 3.30 petang dan
  • 8.00 malam

Aktiviti Bulan April

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Daerah Johor Bahru
Tarikh : 4 April 2009

Pelancaran Festival Bulan Kesenian SSJB dan Pameran Karya Seni Pelajar SSJB

Tarikh : 8 April 2009 (Rabu)
Tempat : Plaza Angsana, Johor Bahru
Orang ramai dijemput hadir

Bengkel Konsert KPM 2009
Tarikh : 13 - 18 April 2009
Tempat :Hotel KL International Kuala Lumpur
Pelajar terlibat :
1. Nor Nabilah binti Mohd. Amir
2. Fiona Yong Ai Wern
3. Nurul Syazliana binti Khairudin

Festival Koakademik Daerah Johor Bahru
Tarikh : 15 april 2008
Acara : Pertandingan Tarian Asli dan Kontemporari Sekolah Menengah
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SMK Mohd Khalid

Acara : Pertandingan Kompang Formasi Sekolah Menengah
Tempat : Tempat letak kereta SMK Mohd Khalid
Masa : 2.00 petang

Acara : Pertandingan Koir Sekolah Menengah
Tempat : Dewan SMK(P) Sultan Ibrahim
Masa : 2.00 Petang

Persembahan Pesta Buku AntaraBangsa
Tempat : Dewan Sultan Ismail PWTC
Tarikh : 16, 17 dan 18 April 2009

Konsert Persembahan Sekolah-sekolah Negeri Johor
Latihan Pusat
Tempat : Sekolah Seni Johor Bahru
Tarikh : 27 april hingga 1 Mei 2009

Persembahan Konsert
Tempat :Auditorium RTM Johor Bahru
Tarikh : 2 Mei 2009