PERINGATAN MEMBAWA BARANG-BARANG LARANGAN KE SEKOLAH DAN ASRAMA
Tarikh : 15 November 2011
Kepada,
Semua Ibu bapa / Penjaga
Pelajar-pelajar Sekolah Seni Johor Bahru
Jalan Abdul Samad, 80100,
Johor Bahru.
Tuan/Puan,
PERINGATAN MEMBAWA BARANG-BARANG LARANGAN KE SEKOLAH DAN ASRAMA
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas
2. Adalah dimaklumkan bahawa pengurusan disiplin murid di sekolah memang menjadi agenda utama sekolah agar disiplin terarah kendiri murid yang tinggi dapat menjana kecemerlangan sahsiah, akademik dan kesenian mereka secara total.
3. Sehubungan dengan itu, terdapat kes-kes yang mana murid-murid telah membawa barang larangan ke sekolah khususnya di asrama. Undang-undang dan peraturan membawa barang larangan telah jelas dinyatakan dalam Buku Peraturan Disiplin dan Asrama Sekolah Seni Johor Bahru yang dikeluarkan pada tahun 2008. ( seperti lampiran A)
4. Seperkara lagi, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 yang menyatakan tentang Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah, No. Rujukan : KP(BS-Dsr) 201/002/1 Jld.2 (2) bertarikh 25 Mac 2009 dirujuk dan dilampirkan bersama surat ini. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh pihak sekolah dan asrama bagi mengelakkan pelbagai masalah disiplin yang timbul seperti kes kecurian, penyalahgunaan semasa pengajaran pembelajaran serta penyebaran bahan-bahan maklumat yang boleh mempengaruhi perlakuan yang negatif dalam kalangan murid sekolah.
4. Oleh itu, pihak sekolah meminta agar semua ibu bapa/penjaga dapat memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“ PEWARIS BUDAYA BANGSA ”
Saya yang menurut perintah,
………………………………….............
( HAJAH ROHANA BINTI ISMAIL )
Pengetua
Sekolah Seni Johor Bahru
Lampiran A
SENARAI ITEM BARANG LARANGAN DAN
PANDUAN PENJAGAAN HARTA BENDA
21.0 BARANG LARANGAN
A. Barang-barang larangan adalah DILARANG dibawa ke sekolah atau asrama.
1) Televisyen, radio walkman, MP4 dan discman, (penggunaan MP3 HANYA dibenarkan di asrama sahaja.)
2) Telefon bimbit termasuk charger, SIM card dan lain-lain alat aksesori berkaitan.
3) Rokok/ mancis/pemetik api.
4) Gula-gula getah (chewing gum )
5) Minuman keras.
6) Barang kemas
7) Pakaian yang menjolok mata
8) Baju/seluar jeans
9) Baju-T ala rockers/berlambang jenama rokok/ minuman keras/tulisan berunsur negatif.
10) Buku/majalah/risalah/gambar/CD/VCD berunsur lucah.
11) Komputer riba.
12) Risalah perkauman dan politik
13) Benda-benda tajam dan berbahaya.
14) Makanan ‘junk food’
15) Bahan letupan.
16) Kamera
17) Barang-barang lain yang disifatkan oleh Pengetua tidak perlu dan membahayakan keselamatan pelajar.
Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah TIDAK dipulangkan kepada pelajar.
B. HARTA PERSENDIRIAN DAN PENJAGAAN
1. Menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga harta benda milik masing-masing .
2. Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak milik pelajar hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan cermat, bersh dan sempurna.
3. Wang atau barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, kamar atau tempat-tempat yang terbuka.
4. Pelajar hanya dibenar menyimpan sebanyak RM 10.00 pada satusatu masa.
5. Sebarang wag atau barang-barang lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru bertugas harian atau warden utnuk diumuman dan dipluangkan kepada pemiliknya.
Disediakan oleh,
UNIT HEM
Sekolah Seni Johor Bahru
Post a Comment