Header Ads

Hari Keusahawanan dan Hari Akademik SSeMJB 2013

29 Jun 2013: Hari Keusahawanan  Koperasi dan Hari Akademik SSeMJB 2013 pada tahun ini berjalan dengan begitu meriah sekali.  Program ini telah dimulakan dengan majlis perasmian oleh Pengetua SSeMJB Cik Hajah Rohana Ismail pada jam 7.30 pagi

Pelbagai gerai telah beroperasi mulai jam 7.00 pagi dengan melibatkan semua murid dan guru. Antara gerai yang terdapat dalam program tersebut adalah Gerai Sate Pak Cu yang sangat terkenal di Bentong Pahang serta telah mendapat sambutan hangat dari para pengunjung. Turut serta adalah gerai burger, kain tudung, tupperware, Rumah Hantu, Game Station serta pelbagai gerai makanan dan minuman.

Sementara itu Hari Akademik telah dijalankan serentak bertempat di Dewan Mini SSeMJB bagi memberi kepada ibubapa dan penjaga unutk bertemu dengan guru-guru bagi membincangkan pencapaian akademik anak-anak mereka. 

Serombongan ibubapa dan penjaga yang tinggal di kawasan Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya telah datang ke sekolah ini dengan menaiki bas dan telah sampai ke sekolah seawal jam 5.00 pagi bagi memeriahkan dan memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan  program ini

Program ini berakhir pada jam 1.00 petang. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini.

Program hari keusahawanan  adalah merupakan kali terakhir dibuat di lokasi sekrang kerana pada tahun hadapan ianya akan akan dijalankan di lokasi sekolah yang baru setelah proses perpindahan pada bulan Oktober nanti berjalan lancar. InsyaAllah.

FOTO - FOTO SEKITAR HARI KEUSAHAWANAN DAN KOPERASI































FOTO-FOTO SEKITAR HARI AKADEMIK















3 ulasan

Sayang Eizyana berkata...

Sy mewakili rombongan ibu bapa dr lembah klang yg hadir pd hari usahawan & akademik ....akn sentiasa myokong apa jua aktiviti sekolah....inshallah kami akn dtg lg dgn rombongan yg sama utk lain2 pgram yg dianjurkan olh pihak sekolah.....

Sayang Eizyana berkata...

Sy mewakili rombongan ibu bapa dr lembah klang yg hadir pd hari usahawan & akademik ....akn sentiasa myokong apa jua aktiviti sekolah....inshallah kami akn dtg lg dgn rombongan yg sama utk lain2 pgram yg dianjurkan olh pihak sekolah.....

Sayang Eizyana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">