Header Ads

FESTIVAL KESENIAN "MY ARTS JB" 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa bahawa Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Festival MyArts 2014 peringkat kebangsaan pada 27 Mei 2014 hingga 1 Jun 2014. Terdapat empat bidang kesenian yang akan dipertandingkan dalam festival tersebut iaitu bidang muzik, teater, tari dan seni visual.
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur mempelawa murid sekolah-sekolah rendah di bawah kawalan YBhg. Datuk/Dato’/Tuan untuk menyertai festival tersebut. Murid yang terlibat dalam festival ini akan diberi markah kokurikulum peringkat kebangsaan
Bersama-sama ini dilampirkan syarat-syarat pertandingan bagi setiap bidang kesenianborang penyertaan, jadual pertandingan serta senarai hotel dan rumah penginapan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Abdul Jabar bin Shain, guru Sekolah Seni Malaysia Johor di talian 019-2198441 atau 07-3870215.

Klik Link DISINI

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">