Jamuan Akhir Tahun Asrama

Esok adalah hari terakhir persekolahan, dan pelajar-pelajar dibenarkan balik pada pukul 12.00 tengah hari.

Hari ini jamuan makan tengah hari guru-guru dan pelajar telah disponsor sebahagiannya oleh guru-guru. Menu adalah mengikut menu Dewan Makan dan ditambah pula dengan makanan barbercue seperti udang, kambing, dan sosej.

Barbecue telah dikendalikan oleh guru-guru bujang dengan bantuan En. Mahadir.

Di samping majlis ini, turut diadakan majlis penyampaian hadiah oleh pihak warden Asrama kepada pelajar-pelajar yang telah memenangi beberapa kategori seperti dorm terbaik, dan sebagainya.

Warden juga turut sama memberikan semua pelajar coklat.

Pelajar-pelajar juga yang bertuah dalam aktiviti cabutan bertuah turut sama bergembira kerana telah mendapat hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak asrama.

Penggambaran untuk majalah sekolah

Hari ini telah dijalankan satu sesi penggambaran untuk Ketua Bidang dan jurulatih kesenian SSJB yang diadakan di Studio Tari. Setelah lama tiada di sekolah kerana bekursus, inilah masa yang sesuai untuk mengumpulkan kesemua jurulatih dan ketua bidang kesenian.

Gambar tersebut akan dimasukkan ke dalam majalah sekolah nanti. Semasa sesi bergambar tersebut, aku minta seorang pelajar untuk mengambil gambar dengan menggunakan kamera aku. Inilah hasilnya.

Ketua Bidang Kesenian
Zalina (PSV) Spark (Muzik) Azri (Teater) Jabar (Tari)


Ketua Bidang dan jurulatih Kesenian



Untuk sesi penggambaran ini ia dikendalikan oleh En Mahadir menggunakan kamera yang lebih mahal dan berkualti tinggi.

Lawatan ke Melaka

Pelajar-pelajar tingkatan satu SSJB telah berpeluang untuk melawat ke negeri Melaka pada 30 Oktober yang lalu. Di antara tempat-tempat yang dilawati adalah UITM, Melaka dan Kolej Yayasan Melaka.

Pelajar-pelajar telah mendapat tubjuk ajar dan panduan tentang teknik-teknik fotografi dan berbagai lagi di fakulti seni lukis dan senireka.