Bayaran Yuran Makan Asrama
Adalah dimaklumkan bahawa semua murid (penghuni) asrama hendaklah membayar yuran makan asrama (YMA) berdasarkan ketetapan berikut:
(1) Jumlah Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga murid sebulan RM 5,000 dan ke atas dikehendaki membayar RM 3.00 sehari, manakala
(2) Jumlah Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga murid sebulan RM 4,999 dan ke bawah dikehendaki membayar RM 1.00 sehari.
KPM menetapkan bayaran adalah 250 hari dalam setahun.
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan/puan agar dapat membawa bersama salinan slip gaji tuan/puan (berakhir 31 Okt @ Nov 2019) pada 31.12.2019 dan serah kepada pihak sekolah bagi tujuan di atas termasuk sistem APDM.
*Sumber: SP Kewangan Bil.8 2010 :Garis Panduan Pengurusan Kewangan peruntukan bantuan persekolahan kepada sekolah berdasarkan Per Kapita Murid.
Sekian.
Syukur
#YuranMakanAsramaYMA
#KemenjadianMuridTanggungjawabBersama
#BahagianSukanKokurikulumdanKesenian
Post a Comment