Header Ads

PENGAGIHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TINGKATAN 1 HINGGA 4, 2011.

Ruj. Kami : JEA1091/100-19/4  (     )
Tarikh      :  15 November  2011




Kepada,
Semua Ibu bapa/ Penjaga Murid Tingkatan 1 hingga 4
Murid-murid Sekolah Seni Johor Bahru,
Johor Bahru,
Johor.

Tuan/Puan,

PENGAGIHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TINGKATAN 1 HINGGA 4, 2011.

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa surat daripada Bahagian Kewangan,Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 ada menyatakan tentang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM 100.00 kepada murid sekolah bagi tahun 2012.

3.         Untuk makluman ibu bapa/penjaga murid-murid Sekolah Seni Johor Bahru bahawa pengagihan wang bantuan khas akan diagihkan mengikut  ketetapan berikut :
 

Tarikh            : 23 dan 24 November 2011 ( Rabu & Khamis )
Masa              : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
                          2.00 petang – 4.30 petang        
Tempat          : Bilik Penolong Kanan Sekolah Seni Johor Bahru

4.         Bagi ibu bapa/penjaga yang tidak berkesempatan untuk mengambil wang bantuan khas tersebut pada tarikh-tarikh yang ditetapkan, pihak sekolah akan menyerahkan wang bantuan khas semasa pendaftaran murid awal tahun iaitu 03 Januari 2012 (Hari selasa) kepada tuan/puan.

5.         Keterangan lanjut mengenai surat makluman untuk para ibu bapa/penjaga ,tuan/puan boleh layari blog di alamat: http://sekolahseni.blogspot.com/2011/11/pengagihan-wang-bantuan-khas-awal.html

6.         Kerjasama dan sokongan daripada tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

......................................................
( HAJAH ROHANA BT ISMAIL )
Pengetua
Sekolah Seni Johor Bahru

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">