GOLD MEDAL dan 1st PLACE dalam pertandingan THE WORLD BALLET TRIAL - INDONESIA STAGE 2024
Penari Dance Star Sekolah Seni Malaysia Johor telah dinobatkan GOLD MEDAL dan 1st PLACE dalam pertandinganTHE WORLD BALLET TRIAL - INDONESIA STAGE 2024, yang telah dijayakan pada 2-3 November 2024 di Dharma Negara Alaya's Building, Denpasar, Bali Indonesia.
Peserta SSeMJ dari Malaysia terpaksa berentap dan memberi saingan sengit kepada pesaing dari USA, Russia, Filipina, Thailand, Indonesia, Malaysia dan lain-lain negara pada TWBT kali ini.
(2) DUO CONTEMPORARY SENIOR:
Pemenang telah dianugerahi piala, sijil dan scholarship;
>(i) 100% scholarship 2025 UBT Academy Programme
- Mohammad Daniel Iskandar bin Mohd Khairul Fuad
>(ii) 100% schorlarship from Festival Internacional De Danca Rio Brazil (registration fee)
- Mohammad Daniel Iskandar bin Mohd Khairul Fuad
>(iii) 50% scholarship from Festival Internacional De Danca Rio Brazil
(Registration Fee)
- Muhammad Al Zidane bin Mohamed Hanifah
- Naeema Alesha binti Fahmi Azril
Kejayaan ini merupakan usaha gigih tanpa henti jurulatih serta murid-murid dan telah dibuktikan potensi dan kehebatan murid Sekolah Seni Malaysia Johor di persada dunia pada 21-26 Ogos 2024 yang lalu dalam Bandung International Dance Competition (BIDC) 2024, di mana SSeMJ telah berjaya merangkul 7 pencapaian cemerlang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ayahanda Mohd Fauzi Ahmad Selo, bonda Hidayah Hayon selaku jurulatih dan guru pengiring, Thomas Kana ,Fazrizzal Hudzuri ,Muhamad Farif Marlias, atas komitmen dan pengorbanan kalian.
Tahniah dan terima kasih murid-murid dan ibu bapa/penjaga murid terlibat.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Y.Brs tuan haji Azman Adnan , KPPM atas sokongan padu terhadap program pengantarabangsaan, Y.Brs tuan Ithnin Mahadi , tuan pengarah BSKK, barisan TP, tuan Shahbani Othman , Jalaluddin Ismail, puan Naniehassan Zue , puan Nurfatimah Awangda yang sentiasa memberikan sokongan padu pada murid-murid dan sekolah.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada YB Aznan Tamin ,Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan tuan Fairuzahri Jalaluddin ,tuan pengarah Yayasan Warisan Johor dan tuan haji Mohd Hanafi bin Samad, tuan pengarah JPN Johor yang sentiasa memberikan sokongan dan peluang pada murid-murid SSeMJ.
Post a Comment