Persiapan Untuk Teater Kasih Teja di Muara Muar
Dalam masa 3 minggu, pihak produksi telah memberikan kepada aku CD audio dan mp3 lagu-lagu yang hendak dimainkan. Sebanyak 30 buah lagu yang akan dimainkan oleh para permuzik SSJB.
Waduh!!! 30 lagu- skor tak ada, hanya audio sahaja yang dibekalkan. Pada pendapat aku kurang-kurang 3 bulan berlatih baru boleh perform. Kecuali memang pro macam aku tak apa la. Dah aku jugak yang kena buat skornya...
Tapi berkat kesungguhan, komitmen, percaya pada diri, dan latihan yang diaturkan, para pemuzik semua boleh menarik nafas lega kerana sudah boleh memainkan kesemua lagu-lagu tersebut dan ada juga beberapa lagu yang akan dimainkan oleh kumpulan band Alpha.
At least kurang la sikit bebanan.
Muzik di dalam persembahan teater ini akan dimainkan secara live dalam bentuk persemahan gamelan, band dan chorus.
Persembahan muzik akan dipimpin oleh saudara Apai. (nama betul lupa nak tanya la..) yang berpengalaman luas dalam bidang ini.
Selain daripada pemuzik SSJB, beberapa orang pelajar dari bidang Teater dan Tarian akan turut sama menjayakan persembahan ini.
Malam ini, full dress rehearsal akan dihadiri oleh YAM Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris.
Bagi mereka yang berkesempatan dan ada kelapangan silalah datang ke Dataran Bandaraya Johor Bahru untuk sama-sama menyaksikan persembahan Teater Kasih Teja di Muara Muar karya Rahimah Muda dan arahan oleh Dean Manas.
Harga tiket : RM 25.00 Dewasa
RM 5.00 Kanak-kanak
Para ibubapa kepada pemuzik dan pelajar SSJB, RM 5.00 juga tetapi kena maklumkan terlebih dahulu. OK. Selamat menonton.
Latihan di Dataran Bandaraya Johor Bahru
Post a Comment