Header Ads

Aktiviti Kokurikulum

1. DEFINISI KEGIATAN KOKURIKULUM

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi difinisi Kokurikulum iaitu :

“ kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”

Kegiatan kokurikulum terdiri daripada gerak kerja pasukan pakaian seragam, persatuan / kelab, sukan dan lain-lain gerak kerja pendidikan.

2. Kepentingan Gerak Kerja Kokurikulum .

Gerak kerja kokurikulum itu penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman pelajar-pelajar di sekolah. Menerusi gerak kerja kokurikulum perkembangan sosial, minat dan bakat, dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental pelajar. Gerak kerja ini juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan menggembirakan pelajar..

3. Matlamat/ Objektif Gerak Kerja Kokurikulum

Antara matlamat / objektif gerak kerja kokurikulum sekolah ini ialah :

3.1 Menyemaikan kesedaran pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

3.2 Menseimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar.

3.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar dalam sekolah dan di antara sekolah

3.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam gerak kerja yang diceburi.

3.5 Menerapkan kemahiran asas vokasional sebagai persiapan awal alam pekerjaan kelak.

3.6 Membina dan meningkatkan disiplin pelajar-pelajar.

3.7 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

3.8 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa
dan masyarakat.

4. Cara Mencapai Matlamat Gerak Kerja Kokurikulum .

Matlamat boleh dicapai dengan cara :-

4.1 Melibatkan semua pelajar dengan secara aktif sama ada secara individu atau kumpulan di dalam berbagai
jenis gerak kerja.

4.2 Melibatkan pelajar dari semua kaum dan kategori dalam semua gerak kerja kokurikulum .

4.3 Melibatkan pelajar atau pihak sekolah dalam khidmat masyarakat

4.4 Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS)

4.5 Merancang gerakerja dengan teliti dan sistemetik.

4.6 Melibatkan Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) dan masyarakat setempat

4.7 Memberitahu ibubapa mengenai matlamat gerak kerja kokurikulum sekolah serta langkah-langkah yang hendak
dilaksanakan.

4.8 Mencatat segala gerak kerja dan kemajuan yang telah dicapai.

4.9 Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan pihak-pihak yang terlibat.











5. Unsur-Unsur Pendidikan Dalam Gerak Kerja Kokurikulum

Di antara unsur-unsur pendidikan dalam gerak kerja adalah seperti berikut :-

5.1 Percaya kepada Tuhan

5.2 Beradab dan bersusila; seperti bersopan santun, berbudi bahasa dan hormat- menghormati .

5.3 Taat dan setia seperti patuh kepada peraturan.

5.4 Bertanggungjawab seperti boleh diharapkan atau dipercayai.

5.5 Amanah seperti jujur dan ikhlas.

5.6 Mengawal diri seperti disiplin kendiri, menjauhkan daripada melakukan sesuatu yang tidak baik.

5.7 Tolong menolong dan bekerjasama.

5.8 Menjaga kebersihan dan alam sekitar.

5.9 Kasih sayang dan belas kasih.

5.10 Bertimbang rasa dan bertolak ansur dan sentiasa bermaaf-maafan.

5.11 Bercita-cita dan bersemangat tinggi, rajin dan berusaha .

5.12 Gembira dan bersyukur.

5.13 Keberanian; seperti berkeyakinan tinggi, cekal hati dan berani mencuba.

5.14 Intelek; seperti berfikiran ke depan.

5.15 Lojik; seperti rasional, sistematis, bekerja dengan tertib dan teliti.

5.16 Berdikari dan dedikasi seperti kebebasan membuat sesuatu dalam lingkungan peraturan.

5.17 Menyuburkan rasa perikemanusiaaan.

Di Sekolah Seni Johor Bahru, aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan seni muzik dibahagikan kepada pasukan orkestra (Unit Beruniform) dan Kelab Seni Muzik - Kelab Muzik Moden, Muzik Tradisional dan Koir.

Hari ini aktiviti kokurikulum kali pertama dijalankan di mana pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa sesi 2009 telah dijalankan di studio muzik.


Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">