Header Ads

Persembahan Festival Kesenian di Angsana 8 April 2009

Pelancaran Festival Kesenian Sekolah Seni Johor Bahru telah diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru. Ia adalah merupakan satu program Kesenian panitia Pendidikan Kesenian pada tahun ini.

Program ini sebenarnya adalah program di peringkat sekolah tetapi telah dibuat majlis perasmiannya di Plaza Angsana yang juga bersempena dengan Program Pameran Produksi Seni Visual - XpresiV.

Selain daripada persembahan muzik, teater dan tari, turut ditampilkan bakat para pelajar SSJB dalam bentuk demonstrasi batik, cetakan, multimedia, makeup, catan dan sebagainya.

Turut dipamerkan karya-karya pelajar Visual SSJB yang telah dihasilkan oleh mereka dengan bimbingan jurulatih Seni Visual.

Turut hadi sama adalah pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah membuat pemantauan dan rakaman dari segi aspek pengurusan Pameran Seni Visual tersebut oleh pelajar-pelajar SSJB.

Majlis Pelancaran tesebut telah disempurnakan oleh En Mohamed Yamin bin Mohamed Yusof, Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Seni, BSSK.

Sambutan orang ramai sungguh menggalakkan dan meraka berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar SSJB.

Persembahan telah dijalankan dalam dua sesi iaitu
  • 3.30 petang dan
  • 8.00 malam

1 ulasan

Fadhil berkata...

Salam Pentadbir Blog SSJB,

Saya berada di Plaza Angsana pada hari tersebut dan telah menyaksikan beberapa persembahan. Saya kagum dengan bakat yg telah ditunjukkan oleh murid-murid. Syabas saya ucapkan kepada murid-murid dan tenaga pengajar.

Saya harap gambar-gambar aktiviti sekitar hari itu dapat dimuatkan di dalam blog ini agar ianya lebih menarik. Terima kasih.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">