Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan
Selamat berpuasa dan selamat bercuti kepada semua warga SSJB.
Solat Terawih Ramadhan muncul lagi. Baru-baru ini aku menerima satu mesej melalui YM tentang apa pandangan aku tentang bilangan rakaat solat terawikh. Antara 20 dan 8, manakah pilihan aku. Sudah pasti ini bukan isu baru untuk aku. Setiap tahun, bila muncul Ramadhan, akan muncullah soalan-soalan ini. Maka jawapan aku kepada yang bertanya melalui YM itu ialah: a) Aku akan ikut imam sampai habis. Sekiranya imam buat 8 rakaat, maka 8 rakaatlah yang aku buat. Jikalau imam buat 20, 20 jugalah yang aku buat. b) Jika aku menjadi imam, aku akan memilih melakukan 8 rakaat. Apakah alasan aku untuk turut bersolat bersama imam sehingga habis tak kira berapa rakaatkah yang beliau lakukan. Ini adalah kerana Rasulullah SAW pernah berkata: إن الرجل إذا صلى مع الإِمام حتى ينصرف حسب له قيام الليلة “Sesungguhnya seorang lelaki apabila mendirikan solat bersama imam sehingga selesai, maka dikira baginya solat sepanjang malam.” (Sunan Abu Daud:1375, hadith ini dinilai sahih oleh Shaikh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud). Maka berdasarkan hadith inilah, aku membuat keputusan untuk mengikut imam sehingga habis tidak kira berapa rakaatkah solat terawikh yang beliau imami. Dan apa pula alasan aku untuk lebih memberi keutamaan kepada 8 rakaat jika aku diberi peluang menjadi imam. Ini adalah berdasarkan hadith ‘Aisyah RA: ما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi tidak pernah menambah (bilangan rakat solat malamnya) pada bulan ramadhan dan bulan lain-lain lebih dari 11 rakaat.” (HR Al-Bukhari : 2013, Muslim :736). Akan tetapi pemilihan aku kepada 8 rakaat ini tidak pula menjadikan aku untuk memerangi mereka yang bersolat melebihi 11 rakaat (termasuk 3 witir). Ini kerana wujud hadith daripada Ibn ‘Umar RA yang berbunyi: سأل رجل النبي صلى الله عليه وسلم وهو على المنبر: ما ترى في صلاة الليل؟ قال: (مثنى مثنى، فإذا خشي الصبح صلى واحدة، فأوترت له ما صلى) Seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ketika itu baginda sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: “Bagaimana cara solat malam?” Baginda menjawab: “Dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir.” (HR al-Bukhari: 473). Maka, bagi aku tidaklah sepatutnya kita bergasak sesama Islam dalam isu rakaat terawikh ini. Oleh kerana ada dalil bagi kedua-dua pihak, maka tak ada apa perlu digaduhkan. Cuma, kita selalu lupa dengan adab-adab di dalam solat terutamanya solat terawikh ini. Apakah adab-adab yang dilupakan itu dan dipandang ringan. Ini adalah hasil pemerhatian aku: 1) Membaca al-Quran dengan laju. Sedangkan Allah SWT berfirman: Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil (al-Muzammil 73:04). 2) Meninggalkan bacaan doa istiftah. Ini dapat dilihat apabila selepas mengangkat takbiratulihram, maka terus membaca surah al-Fatihah. Walaupun ia hanyalah sunat, kita hendaklah mencontohi bagaimana Rasulullah SAW bersolat. 3) Mengabaikan toma’ninah. Ini mungkin berlaku kerana mahu mengejar bilangan rakaat dan mahu cepat habis solat. Solat terawikh adalah solat istirehat, maka apa yang perlu untuk berlumba-lumba menamatkannya. Lakukan dengan tenang. Abu Hurairah radhiallahu 'anh meriwayatkan bahawa pada satu ketika pernah seorang lelaki bersolat di dalam masjid sambil diperhatikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila lelaki itu selesai bersolat, baginda menyuruh dia bersolat semula dengan bersabda: “Kembalilah bersolat kerana sesungguhnya kamu masih belum bersolat.” Hal ini berulang sebanyak 3 kali sehingga akhirnya lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahu bagaimana lagi untuk membetulkan solatnya. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar dia dengan bersabda: Apabila kamu berdiri untuk solat, bertakbirlah, kemudian baca daripada al-Qur’an apa yang memudahkan bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah), kemudian berdirilah semula sehingga kamu tegak di dalamnya, kemudian bersujudlah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah), kemudian duduklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah) dan lakukanlah sedemikian bagi keseluruhan solat kamu.” (HR al-Bukhari:757). Di dalam hadith yang lain pula disebutkan: “Sempurnakanlah rukuk dan sujud kerana sesungguhnya perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya adalah seperti orang yang lapar, tidaklah dia makan kecuali satu atau dua biji kurma yang tidak mencukupkannya sama sekali (maksudnya – tidak mendapat apa-apa manfaat daripada solatnya).” (Musnad Abu Ya’la:7184. Di nilai sanadnya sebagai jayyid oleh Husain Salim Asad). 4) Tidak merapatkan dan meluruskan saf solat. Ini jelas kelihatan apabila masing-masing mementingkan kepentingan diri sendiri dan keselesaan diri di dalam solat jemaah. Sifat buruk ini membawa kepada pengabaian sunnah Rasulullah SAW di dalam hal saf solat jemaah ini. Bagaimana cara saf yang Nabi SAW ajar? Kata Nabi SAW: “Tegakkanlah shaff-shaff, sesungguhnya apabila kalian melaksanakannya, maka itu seperti shaf-shaf malaikat. Rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah, dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kalian, serta jangan biarkan ada celah untuk syaithan. Barangsiapa menyambung shaff, Allah akan menyambung hubungan dengannya. Barangsiapa memutuskan shaff, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya” (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan An-Nasa’i; serta dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud nombor 620 dan Shahih At-Targhib wat-Tarhib nombor 495). CARA-CARANYA SOLAT TERAWIH DAN KELEBIHAN NYA Sembahyang terawih ni sebenarnya berapa rakaat? Kenapa ada yang 8 rakaat, >ada yang 20 rakaat? >Rasulullah s.a.w sebenarnya buat 8 rakaat aje. Khalifah Umar al-Khattab lah >yang mulakan 20 rakaat yang kebanyakan orang Islam seluruh dunia buat >sekarang. So terpulanglah pada masing2, nak buat 8 ke 20, tak salah, yang >penting misti rileks dan khusyuk agar diterima Allah. > >Nak terawih sorang sorang niat dia apa? >Usolli sunnat-at-Tarawaih rak 'ataini Llillahi Ta'ala >(Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sendiri kerana Allah Ta'ala) > >Nak terawih ikut imam niat dia apa? >Usolli sunnat-at-Tarawaih rak 'ataini ma'muman Llillahi Ta'ala >(Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta'ala) > >Boleh tak sembahyang tarawih sorang sorang kat rumah? >Tarawih tu sunat, tak wajib, jadi suka hati lah. Tapi, kalau buat jamaah >tu, orait jugak. Pahala 27 kali ganda campur lagi pahala setiap langkah >pegi masjid, campur pahala niat iktikaf kat masjid, campur gugur dosa bila >bersalaman dengan jemaah, campur pahala solat sunat tahyat masjid dll. Kat >akhirat boleh tolong kita woooo...... > >Kalau saya sembahyang sorang sorang kat rumah nak baca apa? >Baca apa2 yg kau nak ler..Tapi kalau mengikut kebiasaan, selepas baca >Al-Fatihah, kita ikut susunan Al-Quran dari ayat yang tinggi ke ayat yang >rendah. Sebagai contoh ada imam2 baca berikut: > >Tarawih Petama : >1st Rakaat - Al Takathur ("Alhakumuttakthur...") >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Tarawih Kedua : >1st Rakaat - Al-Asri ("Wal 'Asri...") >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Tarawih Ketiga: >1st Rakaat - Al-Humazah ("Wailullikulli humazah...") >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Tarawih Keempat : >1st Rakaat - Al-Fil ("Alam tarakai....") >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Tarawih Kelima : >1st Rakaat - Al-Kuraisy ("Li i la fi quraisy...") >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Tarawih Keenam : >1st Rakaat - Al-Maun ("Ara aitallazhi..."). >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Tarawih Ketujuh : >1st Rakaat - Al-Kauthat ("Inna A'taina.."). >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Tarawih Kelapan : >1st Rakaat - Al-Kafirun ("Kul ya Aiyyuhal kafirun..."). >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Tarawih Kesembilan : >1st Rakaat - Al-Nasr (Iza jaa'a ) >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Tarawih Kesepuluh : >1st Rakaat - Al-Lahab ("Tabbat ya da..."). >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Witir Pertama : >1st Rakaat - Al-A'la ("Sabbihismarabbikal A'la...."). >2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") > >Witir Kedua : >Satu rakaat jek - Bacaan Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") >sambung Al-Falaq ("Kul A'uzubirabbil Falaq) >sambung An-Nas ("Kul A'uzubirabbinnas") > >Ni sume sekadar guideline je yang biasanya diamalkan di sini. Ada jugak >yang baca satu juz dalam satu Tarawih, seperti di Masjidil Haram, di >kebanyakan masjid masjid di middle-east dan Europe, di sesetengah masjid di >Indonesia dan Malaysia dan di masjid Bukit Batok. > >Kalau sembahyang 8 rakaat baca apa? >Ikut je susunan bacaan di atas dari Tarawih ketujuh sampai ke sepuluh. > >Witir tu sama dengan tarawih ke? >Tak lah, kan niat dia lain. Witir tiap2 malam boleh buat, tak payah tunggu >bulan Ramadan. >Tarawih hanya boleh dilakukan eksklusif dalam bulan Ramadan, sebagaimana >ditetapkan Allah. > >Kalau tak sembahyang witir boleh? Tarawih je.... >Witir tu kan macam penutup, kan? Eloklah kalau kita buat witir, eh? >Apasal kat masjid2 ramai orang keluar lepas 8 rakaat, lepas witir dll. >Diorang nak keluar diorang punya sukalah. Rata2 yang keluar lepas 8 rakaat >tu biasanya pasal nak ikut sunnah, buat lapan cukup. Yang keluar lepas >witir tu pasal solat witir tu kira macam 'to wrap up the night', so mungkin >diorang2 ni nak sambung sembahyang tahajjud, sembahyang hajat dll kat rumah >sendiri, jadi tak mau bungkus dulu. Yang keluar lepas solat Isyak tu sume >pengantin baru. > >Apa Kelebihan Sembahyang Tarawih? > >MALAM 1: >Telah keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama seperti ia >baru lahir, dengan lain perkataan dosanya diampunkan Allah. > >MALAM 2: >Diampunkan dosa orang yang sembahyang terawih serta kedua ibu-bapanya >sekiranya kedua mereka orang yang beriman. > >MALAM 3: >Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih >terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. > >MALAM 4: >Dapat pahala ia sebagaimana pahala orang yang membaca kitab-kitab Taurat, >Injil, Zabur dan Qur'an. > >MALAM 5: >Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di >Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa. > >MALAM 6: >Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di >Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan >tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang >mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini. > >MALAM 7: >Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi >'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman. > >MALAM 8: >Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti yang telah >dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam. > >MALAM 9: >Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi >Muhammad S.A.W. > >MALAM 10: >Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di >akhirat. > >MALAM 11: >Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru >dilahirkan. > >MALAM 12: >Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (iaitu cahaya >ibadatnya). > >MALAM 13: >Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan >dan keburukan. > >MALAM 14: >Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada >menyesatkannya pada hari Qiamat. > >MALAM 15: >Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya >supaya Allah mengampunkannya. > >MALAM 16: >Allah Subhanahu Wata'ala tuliskan baginya terlepas dari neraka dan >dimasukkan ke dalam Syurga. > >MALAM 17: >Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak >pahala Nabi-Nabi. > >MALAM 18: >Seru Malaikat, "Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada >engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) > >MALAM 19: >Allah Subhanahu Wata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. > >MALAM 20: >Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan >orang-orang solihin. > >MALAM 21: >Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur. > >MALAM 22: >Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan >(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar). > >MALAM 23: >Allah Subhanahu Wata'ala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga. > >MALAM 24: >Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, >(elok sekali berdoa ketika dalam sujud). > >MALAM 25: >Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur. > >MALAM 26: >Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 >tahun ibadat. > >MALAM 27: >Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas >titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar. > >MALAM 28: >Allah Subhanahu Wata'ala akan darjatnya 1000 darjat di akhirat. > >MALAM 29: >Allah Subhanahu Wata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang >mabrur. > >MALAM 30: >Allah beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini >yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala >jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan >mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabil, serta minumlah >air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang >bernama 'Al-Kauthar'." |
Post a Comment