Header Ads

Cadangan Tapak Sekolah Seni Seri Alam

Kalaulah nanti Sekolah Seni berpindah ke Bandar Seri Alam Pasir Gudang, tentulah nama Sekolah Seni Johor Bahru akan bertukar ke Sekolah Seni Seri Alam, atau sekolah seni Pasir Gudang.

Sama-samalah kita tunggu sama ada nama sekolah ini akan bertukar ke tidak, tapi apa-apapun kita tunggu perkembangan seterusnya bila sekolah ni nak buat pun tak tau lagi.

Apabila aku surf web UMland iaitu pemaju Bandar Seri Alam, maka akupun klik pada masterplan bandar tersebut dan tapak cadangan bagi Sekolah Seni tersebut terletak di sebelah sahaja dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang sedang dalam pembinaan sekarang ini.

Silalah klik di sini. (http://www.umland.com.my/serialam/masterplanflash.htm)



Selain daripada itu kampus UITM dan beberapa IPTS lain turut terdapat di sini.


Bayangkanlah bila dah siap semuanya nanti. Tentu sibuk perhentian bas Pasir Gudang masa nak balik raya jalan yang sememangnya sentiasa jem akan bertambah jem dengan lori-lori dari pelabuhan oleh itu berhati-hati di jalan raya.

3 ulasan

dh_64 berkata...

Kalau benar, sebaik-baiknya nama seorang tokoh seni negara dipilih untuk nama sekolah seni tersebut.

lady my berkata...

kalau benar sekolah seni akan di bina di pasir gudang saya rase penempatan itu tidak strategi ...Bagi saya penempatan yang strategik di nusajaya ataupun di kulai jaya..

admin sp berkata...

Dah orang nampak tempat itu aje yang ada kat Johor ni.... terima aje lah...


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">