Majlis Makan Malam Memoir PMR 09 di kapal Cruise Danga Bay
Pihak sekolah sebagaimana yang dijanjikan oleh Pengetua SSJB kepada semua pelajar tingkatan tiga untuk mengadakan satu majlis untuk me'release tension' para pelajar yang telah bertungkus lumus membuat persediaan PMR mereka.
Majlis makan malam ini telah berlangsung di atas kapal Danga Cruise 8 yang berlayar menyusuri sepanjang Selat Tebrau. Majlis ini telah dikendalikan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang bertujuan untuk memupuk serta mengeratkan lagi semangat setia kawan dan kerjasama di kalangan pelajar.
Oleh kerana aktiviti berjalan pada waktu malam, setting untuk kamera perlulah betul untuk mengambil gambar suasana malam atau gelap. Ini adalah gambar mengikut setting kamera Canon IXUS 101 aku.
Majlis turut diserikan oleh para pelajar yang membuat persembahan. Selain itu, para hadirin yang bertuah berpeluang untuk menerima hadiah dalam cabutan bertuah yang dijalankan.
Post a Comment