Contoh Evidens Video Praktikal Muzik
Evidens-evidens yang terkumpul dalam bentuk hardcopy dan softcopy ini akan dijadikan bukti terhadap penguasaan dan pencapaian pelajar dalam kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam Standard Performance Indicator (SPI) mengikut band-band yang tertentu.
Sebagai Contoh di dalam band 3 Pendidikan Kesenian Seni Muzik, terdapat satu kriteria di mana pelajar-pelajar dikehendaki untuk bermain alat muzik sebuah karya muzik tempatan sepanjang 8 bar.
Sama-sama kita saksikan salah satu daripada evidens praktikal muzik pelajar SSJB.
Untuk mencapai tahap Band 3, pelajar-pelajar mestilah menguasai 14 kriteria yang meliputi aspek pengetahuan teori muzik, dokumentasi, pratikal muzik secara aural dan permainan alat, pengurusan produksi dan menunjukkan nilai sahsiah yang telah ditetapkan.
Sekiranya terdapat satu kriteria yang tak dicapai, maka pelajar tersebut tidak akan layak untuk mencapai tahap band 3 tersebut.
Band tertinggi adalah Band 6. Itu baru muzik......
Bidang-bidang lain.... Visual, Tari dan Teater pun sama. Ikut kriteria SPI masing-masing.
So.... semua pelajar menengah rendah perlu menjalaninya. Belum lagi subjek akademik lagi.... dengan sejarahnya... sivik, PEKA pun ada jugak folio dan kerja-kerja lain yang perlu dibuat oleh pelajar.
Maknanya, siapa yang tabah, dan kuat semangat ajer yang boleh masuk sekolah ni.... Dua-dua nak kena cemerlang.
Post a Comment