Header Ads

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2010 (BPSSeM/A11)

Sukacita dimaklumkan, Sekolah Seni Malaysia iaitu Sekolah Seni Kuching Sarawak dan Sekolah Seni Johor Bahru akan membuka permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu bagi sesi ambilan 2011 bermula 30 April 2010.

Syarat kemasukan :
1.     Murid-murid yang menduduki UPSR pada tahun 2010 sahaja yang layak memohon;
2.     Kemasukan adalah pada Januari 2011;
3.     Hanya empat (4) bidang kesenian ditawarkan iaitu :-
·         Seni Visual
·         Teater
·         Tari
·         Muzik
4.     Borang permohonan  SSeM/BPKM/10, boleh didapati dengan memuat turun dari laman web www.moe.gov.my  bermula 30 April 2010.
5.     Salinan sijil seperti berikut  perlu disah dan disertakan :-
·         Salinan sijil kelahiran murid
·         Salinan kad pengenalan murid
·         Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga
·         Salinan sijil-sijil berkaitan
6.     Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2010

26 ulasan

Ayien,Inaz,Dora berkata...

Salam, kami ingin meminta izin dari owner blog untuk add link ke blog kami. Ia bertujuan untuk menjadi rujukan mana2 individu mengenai SK SENI & aktiviti yg di anjurkan. TQ

Ayien,Inaz,Dora berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pinkybride berkata...

Salam..saya ingin bertanya..adakah boleh untuk pihak luar megundang atau menempah persembahan pelajar seni ini di luar kawasan johor...

admin sp berkata...

pinkybride ...

Memang kami ada menerima jemputan untuk membuat akitiviti persembahan daripada pihak2 luar di luar negeri Johor.

Untuk itu, apa-apa pun mesti mendapat persetujuan dari pihak KPM.

zunda berkata...

Spark, sepatutnya permohonan kemasukan ke Tkt 1 2011. T kasih kerana pemberitahuan yg awal kerana ramai yg berminat utk memasuki sekolah seni ini.

Unknown berkata...

hye...boleh saya tanya,kalau kita nak masukkan borang boleh tak dengan print sahaja? atau pun guru sekolah yang akan bagi?

admin sp berkata...

borang boleh print... cuma kena melalui sekolah lah kalau nak hantar.... mintak tanda tangan guru besar... pengesahan... dan sebgainya.

Tanpa Nama berkata...

pelajar pmr layak tak untuk memohon?

admin sp berkata...

Pelajar PMR tak layak mohon...UPSR aje yang boleh

Lovely May berkata...

Anak saya menduduki UPSR bagi tahun 2010, mempunyai minat yg mendalam dlm bidang seni lukis, adakah sekolah ini membuka peluang untuk anak saya yang berminat didalam seni bina, seni reka serta seni lukis dan animasi.
Terima kasih.

cinta lexus berkata...

sy hrp plajar pmr dberi klayakan utk memohon sma..mugkin ada plajar yg brbakat atau yg brminat..

cinta lexus berkata...

erm..knp plajar pmr x dberi pluang utk turut serta???mungkin ada yg brbakat dan mugkin juga ada yg brminat..

cinta lexus berkata...

erm..knp plajar pmr x dberi pluang utk turut serta???mungkin ada yg brbakat dan mugkin juga ada yg brminat..

Ungku Shahirah berkata...

pelajar pmr tahun 2010 tidak layak untuk ke sekolah seni? hmm. saya harap sangat diberi peluang untuk kesolah ini.

azz berkata...

ctnurain dan ungku shahira; akak rasa mungkin mereka dah atur rancangan pembelajaran untuk bidang seni ini bermula ting 1...mcm anak saya ambik seni visual thn ni form 1, disamping tu kena beljar semua bidang mcm untuk muzik thn ni dia org beljar keyboard...thn depan mungkin alatmuzik yg lain pula......apa pun esok anak akak yg no 2 akan ke sesi ujibakat dan temuduga untuk kemasukan seso 2011 ...

Lovely May berkata...

ciannye..tk de respon pun.. kita tanya tk dpt jawapan pun..huhhuhuu..

admin sp berkata...

Di sekolah seni semua ttg seni bina, seni lukis, animasi dan seni reka ....memang telah didedahkan kepada pelajar menengah rendah..

Apabila tingkatan 4 ... pelajar bidang seni visual boleh memilih utk menjurus ke bidang Seni Halus, Komunikasi Visual, rekabentuk

Seterusnya pelajar boleh menyambung pelajaran dalam bidang2 tersebut yg byk ditawarkan di IPTA atau IPTS tempatan.

Norsham Mohd Yunus berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Norsham Mohd Yunus berkata...

salam...saya nak tahu , bilakah agaknya permohonan ke tingkatan 1 2011 boleh diketahui...anak saya ada memohon...harap2 dapatlah...InsyaAllah

admin sp berkata...

Setakat hari ini ujibakat masih dijalankan...oleh itu boleh berhubung dengan BKK untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Norsham Mohd Yunus berkata...

Maaf ye...boleh saya tahu BKK tu apa...

SHAZLIN NATASHA berkata...

saya murid tahun 6 yg mengambil upsr pada tahun 2010 . saya ada mengisi borang sekolaa seni johor bahru di sekolah saya . adakah saya dapat masuk ke sekolah seni ini ? tlong berikan saya laman web untuk melihat keputusan adakah saya dapat atau pun tidak ?.

admin sp berkata...

BKK adalah Bahagian Kokurikulum dan KEsenian

Setakat hari ni...15-17 Disember 2010 ujibakat dijalankan di Pasir Gudang Johor.

Agaknya tunggu habis ujibakat di sana baru lah keputusan akan keluar.

Keputusan akan disampaikan melalui surat ke rumah. Sabar yer

3 Bestari 2011 berkata...

boley x fom3 SMH bertukat ker SSJB ?

3 Bestari 2011 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
admin sp berkata...

Tak boleh lah Bestari....


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">