Pra Tonton ASEAN Schools Games di Sekolah Alam Shah Putrajaya
Seramai 70 orang pelajar terlibat dalam pra tonton High Tea sempena ASEAN Schools Games yang akan dijalankan di Dewan PICC, Putrajaya. Rombongan telah bertolak pada hari Isnin pada jam 3.00 petang (28 Julai) ke Putrajaya dan menginap di Apartment Hijau Precint 9 Putrajaya.
Pada Hari Selasa, 29 Julai 2010, Majlis Pra Tonton berlangsung. Selain daripada persembahan High Tea oleh SSJB, terdapat berpuluh-puluh sekolah lagi yang turut menyertai pra tonton persembahan lain seperti acara perbarisan, persembahan Brass Band, dan Tarian Majlis Pembukaan yang dijalankan di padang sekolah tersebut.
Sementara menunggu lori yang membawa peralatan muzik sampai yang sepatutnya sampai pada pukul 8.00 pagi, pelajar-pelajar muzik bertemu dengan pelajar-pelajar dari Sekolah Alam Shah yang turut berlatih untuk Pertandingan Wind Orkestra 2010 Sekolah Berasrama Penuh.
Mereka telah sama-sama berbincang dan memberikan tips kepada pelajar-pelajar muzik mengenai teknik permainan dan membuat demonstrasi permainan beberapa alat.
Muaz sedang berbincang mengenai teknik meniup saksofon.
Demonstrasi Xylofon
Akhirnya janji pukul 8.00 pagi...pukul 10.00 baru sampai lori yang membawa alat muzik. Driver tertidor dan lori rosak katanya.
Mari kita bergotong royong, Timbalan KPPM dah nak datang tu.....
Cepattttt....
Timbalan KPPM yang turut
Kopi Dangdut pun bermula...
Akhirnya selesai semuanya...dan mendapat pujian.... See you soon..
Post a Comment