Malam Gala Kesenian SSeJB (13 November 2010)
Athirah Najwa Binti Rosley 16, (kiri) dan Nor Syahida Binti Mohd Pauzi 15, penerima anugerah Seri Permata Seni bagi kategori menengah atas dan menegah rendah bersama anugerah masing-masing.
Pengacara Utama MGK, Nur Jannah dan Mazlan yang berpakaian serba putih dan biru.
Salah satu aksi tari oleh pelajar Seni Tari Tingkatan 3
Sabtu- 13 November 2010 bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru telah berlangsung majlis Malam Gala Kesenian 2010 yang merupakan antara malam kemuncak terbesar Sekolah Seni Malaysia Johor bahru. Majlis yang bermula dari jam 8.00 malam itu berakhir pada pukul 10.30 malam diserikan dengan kehadiran tetamu VIP dari BSSK, JPNJ,PPD, ibu bapa serta rakan-rakan pelajar. Program yang telah dirancang dua bulan yang lalu ini, mengambil konsep Kreatif dan Inovatif sebagai tema bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk menunjukkan kemampuan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Nor Syahida Binti Mohd Pauzi 15, dan Athirah Najwa Binti Rosley 16,pula telah di pilih sebagai penerima Anugerah Seri Permata Seni bagi kategori menengah rendah dan menengah atas kerana pencapaian mereka dalam bidang kesenian masing-masing.
Post a Comment