Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu Sesi 2011 & Lawatan Dari Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum & Kesenian
pendaftaran pelajar.
Pendaftaran asrama sekolah.
Ibu dan bapa pelajar turut membantu anak masing-masing mengisi borang maklumat pelajar
En Yamin melawat ke studio baru seni visual
En Mohamed Yamin Bin Mohamed Yusof - Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagsian Kokurikulum & Kesenian, menyampaikan amanat beliau kepada pelajar-pelajar tingkatan satu.
Sesi soal jawan antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Persembahan pelajar
16 Januari 2011- Seramai 53 orang pelajar dari 75 orang yang terpilih telah mendaftar di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru. Pendaftaran yang bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 tengahari ini, melibatkan pelajar-pelajar di dalam kemepat-empat bidang kesenian yang ditawarkan di sini. Dalam itu juga, pihak sekolah berbesar hati kerana ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian iaitu En Mohamed Yamin Bin Mohamed Yusof telah sudi menghadirkan diri dan memberikan amanat kepada para pelajar baru di sini. Justeru itu, diharap para pelajar yang baru mendaftar dapat menyesuaikan diri serta mengikuti pembelajaran di dalam bidang akademi dan kesenian dengan baik dan dapat mengharumkan nama sekolah..
Post a Comment