Header Ads

Persembahan Band SSJB sempena Larian Perdana Mahkota 2011

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah turut mencemar duli bagi memeriahkan lagi acara Larian Perdana Mahkota di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Sabtu lalu. Tunku Ismail telah menamatkan larian sejauh 3.8 kilometer dengan membawa beg galas seberat 20kg dengan diiringi oleh pelajar-pelajar dari sekitar daerah Johor Bahru.

Turut sama berangkat bagi melihat acara  larian berkenaan dijalankan adalah baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Al-marhum Sultan Iskandar. Ketibaan baginda yang membawa kereta Chevrolet Camaro ZL1 iaitu sejenis  model kereta yang digunakan dalam filem blockbuster  Transformers 3 membuatkan para hadirin berasa teruja.

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim pula telah berkenan untuk melepaskan peserta larian tersebut.

Sebelum itu majlis Larian perdana Mahkota telah dimulakan dengan acara senamrobik sebagai sesi memanaskan badan sebelum larian. Setelah acara larian dirasmikan,  majlis telah dimeriahkan oleh persembahan oleh band SSJB yang memainkan beberapa lagu terkini dan popular.

Tetapi sebelum band dimulakan, pelbagai masalah yang timbul seperti tiada punca elektrik, petugas sound system tidak tahu tentang ada persembahan band, maka persembahan dimulakan didepan baginda Tuanku pada awalnya tanpa vokal kerana sound system belum bersedia.

Setelah masalah dapat diselesaikan, band SSJB yang terdiri daripada pelajar jurusan muzik tingkatan 4 dan 5 telah berjaya memberikan persembahan yang cukup menghiburkan penonton.

Tahniah kepada jurulatih Cik Mah Nyuk Ying, En Abdul Rahim dan En Nizam Rusli.





Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">