Header Ads

FESTIVAL KESENIAN RAKYAT ANTARABANGSA SABAH KE 6 2011

Buat julung kali, Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru yang diwakili oleh ‘Warisan Art Troupe’ yang terdiri daripada pelajar-pelajar bidang  tari Tingkatan Empat telah mewakli Malaysia dalam Festival  Kesenian  Rakyat Antarabangsa Sabah Ke 6 2011. Sebanyak 18 negara termasuk Malaysia telah menyertai festival  pada tahun ini yang telah berlangsung di Kota Kinabalu Sabah pada 17 – 26 Julai dengan bertemakan “Peace Through Culture”. Antara negara-negara yang mengambil bahagian  pada festival kali ini adalah Latvia, Belgium, Kazakhstan, Russia, Estonia, Slovakia, Turki. Tidak ketinggalan negara-negara dari Asia seperti Taiwan, China, India, Korea Selatan serta negara-negara anggota ASEAN seperti, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan tuan rumah Malaysia.


Sepanjang festival ini diadakan, semua negara yang mengambil bahagian telah mengadakan persembahan mereka di beberapa tempat membeli belah yang terkemuka di bandaraya Kota Kinabalu seperti di 1Borneo dan Centre Point. Persembahan Perdana pula telah berlangsung di The Magellan Sutera Resort. Selain daripada itu, semua peserta telah mengadakan persembahan mereka di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang bagi tujuan pertandingan, Malaysia sebagai tuan rumah dikecualikan daripada mengambil bahagian dalam pertandingan ini.


















Festival ini juga melibatkan beberapa aktiviti pelancongan seperti melawat ke Kinabalu National Park dan Tunku Abdul Rahman National Park. Semua peserta yang mengambil bahagian juga telah dibawa ke istana  Tun Yang Teramat Mulia, Sabah bagi majlis minum petang. Aktiviti perarakkan kebudayaan oleh semua negara yang terlibat yang jaraknya lebih kurang setengah kilometer telah diadakan dari Dewan Orang Ramai Kota Kinabalu ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan sebaik tamat sahaja perarakkan kebudayaan ini, semua peserta telah diraikan dalam satu majlis jamuan teh oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu. Pada 25 Julai, satu majlis jamuan perpisahan untuk semua peserta telah diadakan di Kampung Warisan,  Muzium Sabah. Jamuan ini telah diraikan oleh Pengerusi Lembaga Kebudyaan Sabah, Datuk Wenges Angang.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan  kerjasama dan sokongan kepada “Warisan Art Troupe” bagi menyertai festival ini. Terima kasih juga kepada Lembaga Kebudayaan Sabah kerana telah memilih Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru untuk mewakli Malaysia pada tahun ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar menunjukkan bakat kesenian dan memberi pengalaman  berguna kepada mereka di persada antarabangsa.





Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">