SSeJB Juara Dunia di Pertandingan World Championship of Folklore 2012 di Bulgaria, Russia
En Shahril dan En Adam sama-sama menyambut ketibaan pelajar di KLIA |
Pelajar SSeJB bersama dengan piala dan sijil yang dimenangi pada pertandingan World Champion of Folklore setelah tiba di KLIA semalam |
Jurulatih En Mohd Fauzi bin Ahmad Selo |
pingat emas bagi persembahan individu Nurul Farahin Mustafa |
29 Ogos hingga 2 September lalu betempat di Nessebar Bulgaria, seramai 19 pelajar Tingkatan Empat dan Lima bertanggungjawab memasyhurkan nama negara, yang dikenali sebagai Warisan Art Troupe of Johor setelah memenagi pertandingan Grand Prix Golden Orpheus selain diiktiraf johan yang melayakkannya menerima Gold Diploma bagi kategori Folklore Ensembles. Selain itu juga, Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru (SSeMJB) dinobatkan juara keseluruhan Pertandingan World Championship of Folklore 2012 selepas memenangi pingat emas bagi kategori tarian dan muzik tradisional. Dengan membawa pulang 1,000 Euro (RM3,910) dan diploma daripada penganjur pertandingan, mereka telah disambut pulang pada jam 3 petang semalam dengan meriah di KLIA dari Timbalan Pengarah (Kokurikulum dan Kesenian) Kementerian Pelajaran, Mohamed Yamin Mohamed Yusuf serta jurulatih mereka.
Post a Comment