Header Ads

Sekolah Seni Johor Bahru harumkan nama negara di Bulgaria – Laporan Utusan Malaysia 5/9/2012





SERAMAI 20 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru bersorak gembira sewaktu tiba di Balai Ketibaan KLIA semalam setelah muncul juara keseluruhan pada Festival Budaya Rakyat Antarabangsa Interfolk 2012 di Bulgaria, baru-baru ini.

SEPANG 4 Sept. - Malaysia terus menjadi sebutan dunia apabila 19 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SSJB) dinobatkan juara keseluruhan pada Festival Budaya Rakyat Antarabangsa Interfolk 2012 yang berlangsung di Bulgaria pada 29 Ogos hingga 1 September lalu.

Pada kejohanan bertaraf dunia itu, sekolah berkenaan berjaya menggondol tiga anugerah utama yang dipertandingkan iaitu kategori nyanyian, tarian dan juga vokal terbaik sekali gus menjadi juara keseluruhan.

Menurut guru pengiring SSJB, Mohd. Fauzi Ahmad Selo, pihaknya telah menghantar pasukan yang dinamakan 'Warisan Art Troupe of Johor' bagi kategori Folklore Ensembles dan bersaing dengan 70 kumpulan dari 26 buah negara.


6 ulasan

zunda berkata...

Tahniah...

DrSam berkata...

Syukran dan Syabas pada anak2 seni kita.... teruskan perjuanganmu.

Maxek berkata...

Congrats my dear juniors and teachers! :)

Maxek berkata...

Congrats my dear juniors and teachers! :)

Unknown berkata...

tumpang berbangga..........

Unknown berkata...

terus kan usaha jangan hangat di perkata kan org tapi harus di bukti kan dengan kebranian untuk negara....


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">