Header Ads

Senarai Sesi Serlahan Seni (Uji bakat) ke Tingkatan 1 sekolah Seni Malaysia ambilan 2013

Pada tahun ini, nama Sesi ujibakat telah ditukar nama kepada Sesi Serlahan Seni. Adalah diharapkan agar calon-calaon yang akan diujibakat nanti mohon supaya dapatlah menyerlahkan keupayaan dan bakat yang 'outstanding' dalam bidang kesenian masing-masing pada Sesi Serlahan Seni 2012 nanti.

Pada tahun ini seramai 1750 permohonan telah dibuat secara online melalui website Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi SSJB setakat ini jumlah pelajar yang akan diambil adalah seramai 75 orang.

Jadi kepada mereka yang telahpun mendapat surat panggilan untuk sesi tersebut, buatlah sehabis baik untuk 'menjual diri ' anda dalam masa yang diberikan di hadapan panel penemuduga tersebut.

Jangan lupa juga untuk membawa segala sijil-sijil penyertaan dalam bidang-bidang kesenian.

Pada tahun ini ujian berbentuk praktikal atau amali sahaja diutamakan.

Bagi calon bidang muzik.
  1. Anda diminta untuk menyanyikan sebuah lagu.
  2. Sila bawa alat muzik utama masing-masing sekiranya anda berkebolehan bermain alat muzik.
  3. Bagi calon vokal anda juga diminta untuk memainkan alat muzik tambahan.
  4. Piano atau keyboard akan disediakan ditempat temuduga.
  • UJIAN PENDENGARAN 
  1. Menepuk detik 
  2. Menepuk semula irama
  3. Menyanyi semula frasa 
  4. Mengajuk pic

  • UJIAN PRAKTIKAL NYANYIAN (WAJIB)
  1. Intonasi 
  2. Tempo  
  3. Frasa Artikulasi 
  4. Ekspresi 
  5. Interpretasi

  • UJIAN PRAKTIKAL (VOKAL/ALAT MUZIK) 
  1. Tempo  
  2. Kualiti Ton  
  3. Frasa  
  4. Artikulasi  
  5. Ekspresi  Interpretasi 
  • UJIAN PRAKTIKAL (ALAT MUZIK TAMBAHAN)
  1. Intonasi 
  2. Tempo  
  3. Frasa 
  4. Ekspresi & Interpretasi 
  5. Artikulasi
Kepada semua calon, buat yang terbaik dan semoga berjaya dan moga-moga anda adalah salah seorang daripada 1750 calon yang akan terpilih ke Sekolah Seni Johor Bahru.

4 ulasan

Unknown berkata...

Daripada 1750 calun yang disenarai pendek untok sessi Serlahan Bakat 2012 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, hanya 4.3% atau 75 orang sahaja yang akan layak dipilih untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia Johor.Ini bermaksud hanya 1 orang sahaja daripada setiap 23 orang calun pelajar yang dianggap 'terbaik dikalangan yang terbaik' daripada seluruh negeri negeri diSemananjung yang akan berjaya memasuki SSJB. Dapat bayangkan tahap standard dan kualiti pelajar yang akan dipileh untok memasuki sekolah ini? Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Suara Pelajar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Suara Pelajar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hazilla berkata...

Alhamdulillah..anak saya telah berjaya memasuki SSeJB sesi 2013. Hope beliau dapat belajar bersungguh2..


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">