MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5 SESI 2O13/2014
Tarikh : 22 Mac 2012
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Mini SSeJB
Sumbangan PIBG : RM 100.00
Salam 1 Malaysia. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PIBG SSeJB kerana telah menjadi nadi penggerak antara ibu bapa dan guru-guru SSeJB demi kecemerlangan dan kebajikan anak-anak. Walau bagaimanapun saya ingin menyuarakan suatu perkara yang perlu diambil berat agar tidak berlaku kekeliruan pada masa hadapan. Saya telah menerima surat jemputan ke Mesyuarat Agung Kali ke 5 dimana masa yang ditulis adalah 10.30 pg tetapi mesyuarat yang sebenarnya bermula pada 8.30 pg. Apa yang hendak saya nyatakan di sini adalah tidak semua ibu bapa berkesempatan untuk membuka portel SSeJB ini untuk mengetahui pengumuman/berita terkini SSeJB, malahan surat hitam putih yang ditanda tangani oleh Pengerusi PIBG akan lebih dianggap sebagai pemberitahuan rasmi. Saya berharap pada masa hadapan surat yang dikeluarkan adalah seragam dengan pengumuman di portel SSeJB. Sekian. Terima kasih.
saya bersetuju dengan comment Farrah Farhana. Begitu juga dengan bayaran untuk PIBG. Sepatutnya pihak PIBG/Sekolah mengeluarkan surat kepada ibubapa bagi bayaran PIBG, suapay perkara tidak diingini berlaku.
style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">
Post a Comment