Ujibakat oleh Arts Midwest USA
Adam Perry teringin mencuba alat muzik sape |
Arts Midwest iaitu sebuah badan kesenian yang berpengkalan di Minneapolis, Minnesota Amerika Syarikat telah menghantar dua orang wakil mereka ke Sekolah Seni Johor Bahru untuk mencari dan melihat bakat dan kebolehan muzikal murid dan bekas murid SSJB pada 4 Mac yang lalu.
Kumpulan keroncong yang terdiri daripada murid dan ex-student SSJB telah membuat persembahan di hadapan dua orang wakil tersebut. Selain itu mereka telah membuat presentation dan soal jawab yang diketuai oleh ex-student Muzik SSJB iaitu Ammal Shafiq.
Jika mereka berpuas hati, besar kemungkinan kumpulan keroncong yang diujibakat tersebut akan di bawa ke Amerika Syarikat untuk program Jelajah Seni.
Wakil dari Arts Midwest yang membuat sesi ujibakat tersebut adalah Mr.Adam Perry, Senior Program Director Arts Midwest dan Mr David J. Fraher, President & CEO Arts Midwest. Turut bersama pada sesi tersebut adalah Mr Asad Jafri, Manager of Programmes, World Islamic Economic Forum Foundation (WIEF) Young Leaders Network (WYN).
Selingan kepada para tetamu
Post a Comment