Header Ads

Jamuan Majlis perpisahan Pn Sarina dan pengantin baru kepada guru-guru anjuran KGS SSJB

2 Julai 2013: Satu majlis jamuan potluck telah diadakan di Bilik Guru SSemJB bagi meraikan Pn Sarina Sardan yang akan berpindah ke sekolah yang baru di Pulau Pinang. Selain itu Kelab Guru juga telah memberikan sumbangan penghargaan  kepada guru-guru yang baru melangsungkan perkahwinan serta sumbangan juga diberikan kepada guru-guru yang telah kematian anggota keluarga.

Majlis telah disempurnakan oleh Hjh Rohana Ismail, Pengetua SSemJB pada pukul 11.00 pagi dengan memberikan ucapan yang menyentuh mengenai penghargaan kepada Pn Sarina yang telah berjaya mendidik murid-murid sehingga berjaya menjadikan murid tingkatan 5 pada peperiksaan SPM 2011 memperolehi pencapaian paling cemerlang di negeri Johor.

Semoga jasa dan pengorbanan Pn Sarina selama berada di sekolah ini akan diberkati Allah SWT dan juga semoga Pn Sarina akan terus berjaya dalam karier perguruan di tempat yang baru bersama keluarga di sana.

Guru-guru turut dijamu dengan nasi beryani gam kambing dan ayam Perling yang sungguh lazat dan ABC Larkin Bomba.

Ucapan Pengerusi KGS SSemJB


Tahniah Pn Nurul Akmar pengantin baru 

Tahniah Cik Kasmaliza wakil pengantin baru 

Tahniah Pn Rozidalinapengantin baru 



Ucapan dan pesanan pengetua kepada semua

Cik Mariah Soh guru baru

Ucapan Pengetua


Pn Sarina Sardan yang diraikan memberikan ucapan tetapi tidak sempat dihabiskan kerana terlalu sebak.

Barisan guru-guru yang meraikan



Pemberian cenderamata

Barisan pentadbir SSemJB memotong kek bagi merasmikan majlis jamuan




Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">