Header Ads

Pentaksiran PMR 2013 oleh panel luar lantikan LPM

7 Julai 2013: Semalam pihak LPM telah mula menjalankan pentaksiran dan penilaian PMR 2013 Pendidikan Kesenian. Penilaian PMR ini berlangsung dari 7 hingga 9 Julai 2013

Beberapa orang pakar dan pensyarah kesenian dari pelbagai institusi pengajian tinggi yang telah diberi kepercayaan oleh LPM untuk mengesahkan penilaian Band yang diberikan oleh jurulatih Kesenian di sekolah.

Bagi Pendidikan Kesenian Seni Visual, setiap murid dikehendaki melaksanakan produk dan perlu dipamerkan dalam satu pameran yang diuruskan oleh mereka bagi melengkapkan kriteria band pengurusan produksi dan pameran. Ketika pameran dijalakan, pentaksir luar akan turut membuat penilaian pengurusan produksi dan pameran tersebut.

Pada tahun ini mereka telah menganjurkan sebuah Pameran Seni Visual "Waris" yang dijalankan di Dewan SMK Mohd Khalid. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai daripada BKK.

Ini adalah adalah antara perbezaan pentaksiran PBS yang dijalankan di sekolah ini berbanding dengan sekolah-sekolah harian biasa di Malaysia.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan di sekolah menuntut komitmen yang tinggi kepada guru-guru dan murid untuk melaksanakannya. Bagi PBS PMR 2013 setiap murid dikehendaki melaksanakan tugasan individu dan pengurusan produksi untuk keempat-empat bidang  Pendidikan Kesenian iaitu eviden untuk Seni Muzik, Seni Visual, Seni Tari dan Seni Teater.bagi setiap orang murid.

Eviden-eviden yang berbentuk rakaman video, portfolio dan penulisan akan dikemukakan kepada panel luar tersebut.

Bagi Seni visual, pentaksiran dijalankan di Dewan SMK Mohd Khalid manakala bagi Seni Muzik, Tari dan teater, eviden-eviden dan folio telah di hantar oleh pihak sekolah ke Hotel 11@ Century dan akan dinilai oleh pentaksir luar di sana.
















Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">