Header Ads

Laporan Rentak Juara

SSJB telah menghantar 2 kumpulan band\ ke sesi uji bakat Rentak Juara 2010 bertempat di Auditorium RTM Johor Bahru pada 28 Februari lepas.




Kumpulan NAMA - Lagu Nuri (Ella)
    Kumpulan The Nurse - Lagu Khatimah Cinta (Six Sense)

    Kedua-dua kumpulan tersebut telah menunjukkan persembahan yang baik dan berkualiti. Pihak penerbit amat teruja dengan band dari SSJB ini kerana menunjukkan kelainan daripada kumpulan-kumpulan lain yang menyertai uji bakat tersebut.




    Band The Nurse yang diketuai oleh Ammal Shafiq telah menarik hati penerbit rancangan di mana team produksi mereka telah sekali lagi datang ke sekolah pada keesokan harinya untuk membuat penggambaran di sekolah.


    Band-band lain tak ada pulak dibuat macam ni....

    Menurut penerbit rancangan tersebut, beliau melihat potensi pelajar-pelajar SSJB ini pada masa akan datang dan beliau turut menyatakan hasrat untuk menjemput kumpulan The Nurse sebagai pemuzik undangan semasa rancangan Rentak Juara 2010 bersiaran nanti. Kemungkinan semasa final..

    Beliau sebenarnya tak tahu pun kewujudan sekolah seni ini....  Yang tahu ialah RTM JB, tapi RTM Kuala Lumpur tak tau....

    En. Jabar ada mengutarakan agar pelajar-pelajar sekolah seni dapat ditampilkan dalam rancangan-rancangan terbitan RTM seperti Rancangan Hujung Minggu Ini. Mujur ada salah seorang daripada mereka adalah kenalan rapat kepada penerbit rancangan tersebut. Nantikan lah kemunculan pelajar SSJB di RTM pula nanti.

    4 ulasan

    azz berkata...

    wow...syabas lah...berbangga dengan kejayaan warga ssjb....nanti update la kita orang bila ada program yg terlibat....so boleh tungu depan tv tu....tak ada ke video band2 ssjb...teringin gak nak tengok.....best mcmana???

    azz berkata...

    spark gambar majlis makan beradab ada tak?..postla ...klu ada masa....tq.

    Zul ASPer UPM 09/10 berkata...

    Wah banyak nye program Ssjb... pegi pertandingan di Greece, persembhan di Cario, dan pergi ke Portugal pula... dlam Malaysia, di KL majlis Makan Malam utk Asean School Games... Semoga Berjaya utk semua yg terlibat....
    -Zul

    admin sp berkata...

    Gambar makan beradap tak ada... sebab tak pergi.

    Nanti aku cari.... aku masukkan..


    style="display:block"
    data-ad-format="autorelaxed"
    data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
    data-ad-slot="4282993893">