Sekitar Majlis Khatam Al-Qur'an dan Iftar Ramadhan 2012
Majlis Khatam Al-Quran telahpun berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lepas. Majlis ini telah turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) KPM iaitu Tn. Hj. Muhamat Roli b. Hj Hassan dan pegawai dari KPM dan PPD.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan majlis berbuka puasa. Seterusnya Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Tarawih secara berjemaah dengan diimamkan oleh Tuan Pengarah BKK sendiri.
Khatam Al-Quran atau dalam bahasa Melayunya, tamat baca Al-quran. Majlis khatam quran diadakan sebagai tanda kesyukuran serta mengiktiraf pembaca itu menghabiskan bacaan Al-Quran keseluruhannya. Biasanya dalam majlis khatam Quran, akan ada seorang quru, ustaz, atau ustazah dipanggil untuk menyemak bacaan anak-anak yang bakal khatam Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu, ada yang siap dengan pembesar suara sampai kadang2 si pembaca tu tersangkut membaca sebab malu bukan sebab tak tahu baca. Setelah tamat tuan guru tersebut akan membacakan doa khatam Al-Quran, menandakan si pembaca tersebut sudah diiktiraf tamat membaca Al-Quran. Dan macam biasa dengan adat Melayu, bunga telur atau saguhati akan dihadiahkan kepada tetamu selain jamuan makan.

Ada seorang ustaz muda yang belajar ilmu agama di Indonesia pernah menceritakan kepada saya tentang kebaikan khatam Quran. Orang yang berjaya menghabiskan bacaan Quran keseluruhannya akan dimakbulkan segala doanya dari pagi sampai ke malam pada hari berkenaan. Ceritanya, semasa di Pesantren ( pondok belajar agama di Indonesia ), semua pelajar akan diarah untuk membantu pelajar yang berjaya khatam Quran untuk basuh baju, kemas katil, seterika baju dan sebagainya selama satu hari untuk mendapat berkat kepada pelajar berkenaan. Moga2 pelajar yang berjaya khatam Quran tadi turut mendoakan pelajar2 yang membantunya tadi. Selain itu juga untuk menggalakkan semua pelajar untuk sentiasa khatam quran. Bukan senang untuk doa kita dimakbulkan. Siapalah kita? Tapi Allah telah menjanjikan kepada kita, sama2 kita berusaha.
Khatam Al Quran bukanllah memberi kita lesen untuk menyimpan Al Quran di rak buku dan meninggalkan bacaannya. Dan bukan juga memberi lesen kepada kita untuk tidak lagi belajar ilmu Al Quran. Mereka yang dianugerah ilmu mengenai al-Quran hendaklah mengajarnya kepada mereka yang memerlukan. Kedua-dua golongan ini adalah orang yang terbaik di sisi Allah seperti sabda Nabi SAW bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari) . Belajar dan mengajar al-Quran bukan setakat belajar dan mengajar membacanya saja. Ia meliputi belajar dan mengajar maksud serta tafsiran ayatnya. Setelah kita lancar membaca Al quran, kita perlu belajar untuk memahaminya, mendalaminya serta mengamalkan apa yg terkandung di dalamnya.
Selain itu , Allah memuji mereka yang rajin membaca al-Quran dan menyediakan untuk mereka ganjaran besar.
Allah berfirman bermaksud: “Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (sudah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, ketika mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah daripada orang yang salih.” (Surah ali-Imran, ayat 113-114)
Dipetik dari piiown.com
Post a Comment