Header Ads

Pesta Ria Sekolah Seni Malaysia Johor 2017

Pesta Ria Sekolah Seni Malaysia Johor 2017

Pesta Ria Sekolah Seni Malaysia Johor 2017

Pesta Ria SSeMJ merupakan satu majlis sambutan yang dirancang khas bagi tujuan melibatkan kerjasama dan jalinan pihak sekolah dengan institusi pendidikan dan komuniti luar khususnya Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).

[ RUJUK: Pautan ke Laman Web Pesta Ria SSeMJ ]


Program ini bertujuan untuk membangunkan kemenjadian murid selain melestari kecemerlangan Sekolah Seni Malaysia Johor sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Program ini dirancang menjadi sebahagian daripada usaha merealisasikan peranan asrama sebagai pusat kecemerlangan pendidikan khususnya Sekolah Berasrama Penuh, Ia seiring dengan hasrat kementerian bagi mengupaya kepimpinan dan kompetensi murid asrama dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan jayanya.

Seperkara lagi, ia menjadi platform terbaik bagi menguji tahap pengetahuan,kemahiran dan kecekapan serta tingkah laku murid dalam acara yang dipertandingkan.Pesta Ria ini turut menjadi wadah kepada penilaian aktiviti berlandaskan kepada koakademik, sukan, kesenian,kerohanian serta sahsiah terpuji yang dipamerkan oleh murid-murid.

Secara tidak langsung,Pesta Ria SseMJ dapat memupuk semangat keusahawanan atau ”entrepreneurship” dan amalan ”Blue Ocean Strategy” (BOS) disuburkan dalam kalangan murid sebagai pelengkap kepada pembelajaran pengurusan perniagaan, prinsip akaun dan pemerkasaan koperasi sekolah.

Tidak cukup dengan itu, anak-anak murid terus diasah dan digilap potensi mereka dalam bidang kesenian yang merupakan kebitaraan sekolah ini. Diharapkan dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, aktiviti-aktiviti sempena sambutan Pesta Ria SSeMJ yang merangkumi 3 tunjang utama itu dapat membina modal insan yang boleh memenuhi aspirasi dan ekspektasi ”stake holder”.

Antara aktiviti yang dirancang termasuklah pertandingan nasyid, khat, pidato, bola sepak, bola jaring dan memanah. Selain itu, turut diadakan pertandingan nyanyian solo, ”battle of the band”, bengkel catan cat air, ”art market”, persembahan tarian dan pementasan teater KOMSAS.

Manakala konsep usahawan muda yang berkonsepkan ”food truck” menjadi konsep pilihan urusniaga sempena Hari Keusahwanan dan Koperasi pada tahun ini.

Komitmen dan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah, PIBG, KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa), Alumni dan lain-lain NGO sudah tentu dapat membantu merealisasikan apa yang dihasratkan.

ANJURAN BERSAMA 

Sekolah Seni Malaysia Johor , PIBG & Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

TARIKH 

28 & 29 Oktober 2017 (Sabtu & Ahad) 





AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Senam Ria 

Larian PIBG 

Perasmian Pesta Ria 

Sesi Serlahan Seni 

- Sesi ujibakat untuk pemilihan murid ke Tingkatan Satu 2018 yang dijalankan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM.
- Terbuka Kepada Murid Tahun 6 negeri Johor (KPM).
- Surat tawaran untuk ke sesi Serlahan Seni dikeluarkan oleh pihak JPN Johor.

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah 

Pertandingan Bola Jaring 

Pertandingan Memanah & Permainan Memanah 

"Art Market" 

Pertandingan Seni Khat 

Pertandingan Nyanyian Solo

Pertandingan "Battle of The Band"

Pertandingan Zapin Johor 

Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah 

Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (Student Leaders Board) 

Bengkel Catan Cat Air  

Persembahan Teater KOMSAS 


Majlis Penutupan Rasmi  

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">