Header Ads

Johan Festival Zapin Terbuka Johor Peringkat Kebangsaan 2017

Johan Festival Zapin Terbuka Johor Peringkat Kebangsaan 2017


Johan Festival Zapin Terbuka Johor Peringkat Kebangsaan 2017

Johan Festival Zapin Terbuka Johor Peringkat Kebangsaan 2017 | Murid-murid bidang seni tari Sekolah Seni Malaysia Johor telah merangkul johan dalam Festival Zapin Terbuka Johor Peringkat Kebangsaan Tahun 2017.
Pertandingan julung-julung kalinya ini merupakan anjuran Sekolah Menengah Sains Muar dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Daerah Tangkak. Berkonsepkan tarian zapin Johor, pertandingan ini telah disertai sebelas buah kumpulan dari sekolah-sekolah di negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Pasukan Sekolah Seni Malaysia Johor yang membawakan nama Adiratna Tari Seni Jauhar telah mendapat giliran persembahan yang keenam di dalam pertandingan tersebut. Pasukan ini terdiri daripada sepuluh orang murid lelaki yang terdiri daripada enam orang murid tingkatan satu dan empat orang murid tingkatan empat. Tarian zapin Pekajang akhirnya menjadi tuah kumpulan ini dengan membawa pulang hadiah iaitu piala Johan dan Anugerah Emas beserta sijil dan wang tunai. Penolong Kanan Seni, En. Abdul Jabar bin Shain dan jurulatih lain turut hadir memberi sokongan kepada kumpulan ini yang dibimbing oleh ayahanda Mohd Ghadafi bin Mohd Jaya dan bonda Mimi Syafinie binti Mohd Samsudin. Tahniah kepada murid-murid dan jurulatih yang terlibat melakar kejayaan ini!
Keputusan rasmi pertandingan adalah seperti yang berikut: Johan : Sekolah Seni Malaysia Johor Tempat ke-2 : Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur Tempat ke-3 : Sekolah Menengah Sains Muar Busana Terbaik: Sekolah Menengah Sains Muar











Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">