Header Ads

Kesiapsiagaan Warga SSeMJ Pembukaan Semula Sekolah 24 Jun 2020

SSEMJ SUDAH BERSEDIA.
KAMI WARGA SSEMJ SEDIA MENUNGGU KEHADIRAN MURID SPM PADA 23 JUN 2020
pembukaan sekolah seni malaysia johor 24 jun 2019


Pihak sekolah mengambil maklum akan SOP Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah (PPSS) yang dikeluarkan olah pihak KPM pada 4 Jun 2020 yang lalu.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengambil segala langkah yang perlu dengan mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak KPM/KKM/MKN.

Sehubungan dengan itu, semua lokasi yang melibatkan warga sekolah dan aktiviti pembelajaran murid telah disiapkan mengikut garis panduan dan Prosedur Standard Operasi (SOP) dengan mengamalkan kebiasaan baharu yang mana setiap warga hendaklah mengambil suhu badan harian pada awal pagi persekolahan,

Scan QR Code kehadiran ke sekolah yang mengandungi butiran individu dan suhu badannya, membersihkan tangan dengan pesanitasi tangan (hand sanitizer) dan menguatkuasakan amalan penjarakan sosial atau jarak 1 meter dalam mana-mana keadaan dan tempat.

Pelan laluan sehala telah disediakan bagi menunjuk arah laluan sehala dalam kawasan sekolah serta mempamerkan poster, bunting dan baner tentang langkah-langkah cegah pandemik covid-19 dengan membudayakan penjarakan sosial dan sama-sama mengekalkan tahap kebersihatan dan kesihatan diri yang terbaik.

Kita jaga kita.

Kesihatan dan keselamatan murid, tanggungjawab bersama. Bersama-samalah kita memematuhi serta menguatkuasakan segala peraturan dan SOP yang digariskan oleh pihak KPM/KKM/MKN.

Gambar-gambar sekitar boleh dilihat di laman Facebook Sekolah Seni Malaysia Johor

Terima Kasih.Syukur
#PenjarakanSosial1Meter
#KitaJagaKita
#KesihatandanKeselamatanMuridTanggungjawabBersama
#BahagianSukanKokurikulumdanKesenian

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">