Header Ads

Selamat Kembali Ke Sekolah 15 Julai 2020 Sekolah Mula Dibuka Penuh Secara Berperingkat

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin sebentar tadi,telah membuat satu sidang media khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung pengumuman tarikh pembukaan sesi persekolahan penuh di TV1 RTM.

Menurut beliau, setelah mendapatkan beberapa pandangan  daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Majlis keselamatan Malaysia (MKN), KPM telah membuat satu keputusan bahawa tarikh pembukaan penuh sekolah akan dilakukan secara berperingkat.


sekolah dibuka

Bagi sekolah menengah kelas peperiksaan, tingkatan 1 hingga 4 serta peralihan akan mulai hadir ke sekolah pada 15 Julai 2020. Hal ini sama juga kepada kelas tahun 5 dan 6 bagi sekolah rendah yang akan mulai ke sekolah pada tarikh tersebut.

Selain itu, bagi para pelajar tahun 1 hingga 4 pula akan mula datang ke sekolah pada 22 Julai 2020 dan mereka yang memperoleh tawaran ke tingkatan 6 semester 1 pula akan datang ke sekolah pada 15 Julai 2020.

Pembukaan ini akan dibuka dengan SOP yang ketat dan model-model persekolahan yang telah dibentangkan seperti penggiliran kehadiran.



Sebelum ini, hanya kelas-kelas yang akan mengambil peperiksaan besar yang dibuka seperti tingkatan 5 dan 6. Pada hari 1 Julai 2020, KPM telah membenarkan prasekolah ,tadika dan taska pula dibuka.

Terdahulu, KPM memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat dari semasa ke semasa.
Teks ucapan Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkenaan pembukaan semula sekolah bagi murid bukan kelas peperiksaan awam. #pkpp#penjarakansosial#normabaharu
Posted by Bernama TV on Wednesday, July 1, 2020
Sumber: Bernama, Harian Metro
[]
Source link

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">