Header Ads

Peralatan ICT tak ada lagi

Kalau anda semua lihat laman blog ini kenapa la tak canggih la.... tak ada gambar2 la... gambar persekitaran sekolah ke....
Nak tau kenapa?

Sebab sekolah ini masih lagi belum diberi peralatan ICT seperti digital camera, PC, Laptop... kemudahan internet tak sampai ke blok seni.... dah dekat setahun woooo

Sedikit sebanyak telah menjejaskan p&p terutama dalam nak menyiapkan tugasan kerja khusus dan penilaian berasaskan komputer, membuat gubahan.... buku2 pun masih belum banyak di perpustakaan.

Dulu rajin jugak pikul PC yang berat tu dengan monitor tiap2 hari ke sekolah nak buat kerja. sekarang hmmmm tak larat dah sebab rumah yang saya duduk tu tingkat 5... tak ada lif pulak tu... tak larat la.

Nak bagi tugasan kena tunggu cuti sekolah baru boleh buat supaya dapat mencari bahan2 di internet dan persekitaran.

Apa-apa pun kira nasib baiklah jugak dapat lah tengok gambar blok seni di atas tu....
Untuk makluman gambar tersebut diambil pada awal tahun... sekarang dah berubah dah....
Ada gazebo la, studio muzik, studio tari, teater dan seni visual.

Tapi berita baik nampaknya... peralatan ICT rasanya dah nak sampai ke sekolah... tak percaya sila baca blog di bawah ini

http://budakit.wordpress.com/category/sekolah-seni/

1 ulasan

Rohaniah Noor berkata...

utk pengetahuan pihak sekolah seni, peralatan ict bg kedua2 sekolah seni sedang dlm proses perolehan. insya allah tidak lama lagi, apabila peralatan yang dibekalkan sudah dibekalkan ke jpjs, kami akan menghantar ke sekolah seni secepat mungkin.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">