Surat Tawaran Mula dihantar

Semalam 26/12/2007 telah diadakan satu Mesyuarat Pengurusan Sekolah Seni di Blik Mesyuarat JPJS dan telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JPJS.

Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai daripada JPJS, Bahagian Kewangan, Bahagian Sumber Manusia, Pengetua, Penolong Kanan dan jurulatih sekolah seni

Antara yang perkara yang telah ditetapkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai tarikh bagi pendaftaran pelajar baru Sekolah Seni Johor Bahru telah ditetapkan pada
14 Januari 2008 (Isnin)

Surat tawaran telah mula dihantar kepada calon-calon yang berjaya dalam sesi temuduga yang telah dijalankan oleh pihak JPJS.

Surat tawaran tersebut diedarkan menggunakan perkhidmatan Poslaju ke sekolah rendah masing-masing
.

Untuk bidang seni muzik nampaknya pada kali ini seramai 19 orang pelajar yang berjaya untuk ditawarkan iaitu 10 orang pelajar perempuan dan 9 orang pelajar lelaki.


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak JPJS.

Kepada yang berjaya saya ucapkan Tahniah! dan Syabas kerana Anda adalah Pewaris Bangsa!

0 Response to "Surat Tawaran Mula dihantar"