Header Ads

Majlis bacaan Yassin dan Al-Quran bersama pelajar Maahad Tahfiz JB.

Malam ini telah diadakan satu majlis sembahyang maghrib, bacaan tahlil dan Yassin bersama pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz JB. Turut hadir pada majlis tersebut adalah ibu-bapa pelajar yang berada di sekitar Johor Bahru.

Seterusnya selepas solat Isyak, solat hajat dan bacaan Tadarus Al-Quran surah al-Baqarah telah dijalankan.

Majlis turut dihadiri oleh Pengetua SSJB, YDP PIBG, guru-guru, pelajar-pelajar SMK Mohd Khalid, dan pelajar-pelajar dari SSJB.

Memandangkan telah berlaku satu kejadian histeria, pada hari Isnin lalu, yang mana tidak pernah berlaku sejak 2 tahun sekolah ini dibuka, maka pihak sekolah telah mengambil inisatif untuk mengadakan majlis ini.

Alhamdulillah nampaknya sejak hari Isnin tersebut, kejadian seperti itu tidak lagi berlaku malah suasana kembali ceria di mana kelas terus berjalan seperti biasa.

Terima kasih juga kepada Hjh Rohana Ismail PK Kesenian yang telah memberikan kata-kata semangat dan motivasi yang sangat berkesan di hati para pelajar pada hari semalam.

Malah pelbagai program yang telah diatur turut dijalankan seperti biasa iaitu program Bulan Seni Muzik pada hari ini.

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah Pertandingan menulis esei mengenai Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan pertandingan melukis potret P. Ramlee.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat dan telah dijalankan dengan jayanya.

Beberapa orang pelajar daripada bidang seni persembahan iaitu Seni Muzik, Teater dan Tari telah meneruskan aktiviti latihan seperti biasa.

Bagi pelajar dari bidang Seni Muzik mereka menjalankan aktiviti latihan muzikal gamelan kontemporari untuk Teater Tun Teja yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Julai nanti di Dataran Bandaraya Johor Bahru sempena Johor Bahru Festival Art.



Kumpulan ini juga turut menerima jemputan daripada pihak penganjur untuk mengadakan persembahan di tempat yang sama pada 15 Julai nanti mulai jam 3.00 - 6.00 petang.

Semoga dengan adanya Majlis Bacaan Yassin pelajar-pelajar akan lebih tenang, ceria dan gembira untuk meneruskan agenda Pewaris Budaya Bangsa.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">