Header Ads

Nuri - Ella USA SSJB band


Lagu Nuri ini adalah sebuah lagu genre rock yang terdapat di dalam Album Ella USA pada tahun 1994.

Ia dinyanyikan oleh Norzila binti Haji Aminuddin .(Ella)

Lagu ini sangat aku suka masa dulu-dulu aku main gitar rock, Aku rasa liriknya hasil karya Allahyarham Loloq juga sangat menarik dan mendalam maksudnya tentang nikmat mengecapi kebebasan.

Teringat jugak aku masa tengok Konsert Ella di Tapak Expo Shah Alam pada tahun 1995 dengan adik aku. Sekarang dah tak ada dah tempat tu. Memang best, Man kidal sebagai lead guitarist, Yem Bai - Bass ntah sape lagi aku tak ingat.
Tapi masa tu Farah - Bagaikan putri jadi backup singer. Kadang-kadang jadi voice over bila part Chorus tinggi.

Album Ella USA ni memang meletup kerana telah dijual sebanyak 350, 000 unit dan menjadikan Ella sebagai penyanyi wanita yang telah mendapat jualan album tertinggi di Malaysia.

Masa dulu aku main gitar lead memang sebijik la dapat. Kali ni aku nak try band SSJB ni boleh main tak. Rasanya boleh kot... sama-sama lah kita tengok nanti.

Sebab aku yakin dengan musician dan penyanyi SSJB ni, makin hari makin mantap permainan diorang.

Lagu Kenangan Terindah dari Samson pun boleh main apatah lagi lagu macam ni kan....

Terimalah Lagu Nuri dari Ella

2 ulasan

rina berkata...

btul 2..urm,,rina rasekn,kalau ssjb band boleh buat lagu kenangan terindah mase produksi,,urm ape lg lagu nie..lagi meletup,,he3..gudluck ssjb!!

rina berkata...

btul 2..urm,,rina rasekn,kalau ssjb band boleh buat lagu kenangan terindah mase produksi,,urm ape lg lagu nie..lagi meletup,,he3..gudluck ssjb!!


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">