Pertukaran Kenaikan Pangkat Pengetua SSJB

Pengetua Sek. Seni Johor Bahru, Tuan Haji Ishak bin Mahbob telah menerima surat arahan pertukaran dan kenaikan pangkat daripada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Beliau akan kembali semula ke PSPN Johor dan akan dinaikkan pangkat ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Gred DG 48 di sana.

Tarikh kuatkuasa perpindahan beliau adalah pada 1 Jula i 2008.

Secara peribadi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan serta khidmat yang beliau curahkan selama kira-kira 7 bulan berada di sekolah ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beliau akan terus mencapai kecemerlangan dalam kerjaya beliau di sana.

0 Response to "Pertukaran Kenaikan Pangkat Pengetua SSJB"