Persembahan Kumpulan Ghazal Persidangan Pengetua Kebangsaan

Pada 28 Julai yang lalu, kumpulan muzik Ghazal dari SSJB telah membuat persembahan semasa jamuan makan malam bersempena dengan Majlis Persidangan Pengurusan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia.

Majlis tersebut telah diadakan di The Zon Regency dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Dr. Ir. Wee Kah Siong serta pegawai-pegawai dari KPM dan pengetua-pengetua dari seluruh negara.

Kumpulan Ghazal SSJB telah menunjukkan satu persembahan yang baik dari segi kualiti dan mutunya memandangkan ia baru sahaja ditubuhkan.

Beberapa lagu seperti Seri Mersing, Penawar Rindu, Joget Menggoda Hati, Aladom dan lain-lain lagi telah dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi ghazal SSJB iaitu Nurul Syazliana, Liyana Syafini dan Aaina Soraya.

Persembahan turut dijayakan oleh penari-penari dari sekolah-sekolah di sekitar Johor Bahru, Johor.

Sekalung tahniah kepada para pemuzik yang terdiri daripada:
1. Harmonium, Tamborin dan marakas - Farah, Syahirah
2. Gambus - Ammal Syafiq
3. Gitar - Syafik
4. Violin - Asyraf
5. Tabla - Rasyid dan Zakwan

Penyanyi
1. Syazliana
2. Aaina
3. Liyana Syafini

2 Responses to "Persembahan Kumpulan Ghazal Persidangan Pengetua Kebangsaan"

habshahAK berkata...

Assalammualaikum,
While surfing for file panitia, I found this blog. Actually I had the oppurtunity to watch your students in action at the Zon Regency, they were nice to hear for my ears. I am not a singer myself but I like your music. They were great. Keep it up. Congrats.

Bummy's word berkata...

assalamualaikum,
ada buat untuk majlis perkahwinan?