Nurkidz

Tuesday, September 9, 2008

KLASIFIKASI ALAT MUZIK

Beberapa jenis klasifikasi telah digunakan bagi mengkelaskan alat-alat muzik berdasarkan ciri-ciri tertentu. Dalam tamadun China purba, semua alat muzik dapat diklasifikasikan mengikut bahan utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik tersebut. Antara bahan tersebut ialah logam, batu, tanah, belulang, sutera, labu, buluh dan kayu.Tamadun India purba pula mengumpulkan alat muzik mengikut klasifikasi gong / simbal, gendang, alat bertali dan alat yang ditiup. .

Digunakan khusus bagi alat muzik orkestra barat. Terdapat 4 klasifikasi alat iaitu percussions, strings, brass dan woodwind.

Percussions / perkusi
Alat muzik yang dimainkan secara pukulan, paluan, ketukan atau goncangan.
Antara alat muzik ini termasuklah timpani, pelbagai jenis dram, simbal, kerincing, tamborin dan lain-lain. Alat muzik berpic pula termasuklah zailofon, metalofon, glokenspil dan bellyre.

Strings / alat muzik bertali
Digunakan untuk mengklasifikasikan semua jenis alat muzik bertali iaitu violin, viola, violoncello, double bass, harps dan lain-lain.

Brass
Klasifikasi alat tiupan yang dibuat daripada logam.
Contoh brass ialah trumpet, trombon, french horn, tuba dan sausafon.

Woodwind
Alat muzik tiupan yang pada masa dahulunya dibuat dari bahan kayu. Kebanyakan alat ini menggunakan reed bagi menghasilkan bunyi. Reed dibuat daripada buluh yang diraut nipis. Antara alat muzik woodwind ialah klarinet, saksofon, flut, pikolo, oboe dan basun. Hari ini adalah juga alat muzik woodwind yang dibuat daripada logam, plastik dan bahan gentian kaca.


Klasifikasi Sachs - Hornbostel

Klasifikasi ini diperkenalkan oleh Curts Sachs dan Eric Von Hornbostel pada 1914. Ia bertujuan mengklasifikasi pelbagai alat muzik etnik dari seluruh dunia yang tidak termasuk dalam klafikasi alat muzik orkestra barat.

Sachs-Hornbostel mengklasifikasikan alat muzik berdasarkan kasifikasi yang terdapat dalam kitab catatan India puba Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon, Membranofon dan Erofon.

Idiofon

Alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung termasuk dalam klasifikasi idiofon. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklemlong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain..

Erofon
Alat muzik yang ditiup termasuk dalam klasifikasi erofon. Contoh alat ialah serunai dan bangsi (caklempong), sakuhachi (Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain.

Kordofon
Alat muzik bertali, contohnya gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan sharinggi.

Membranofon
Mengambil nama dari perkataan membran (kulit) pula ialah klasifikasi untuk alat muzik yang diperbuat daripada kulit yang diregang. Antaranya ialah gendang, kompang, geduk, daiko, tabla dan gedombak.

Elektrofon
Alat muzik yang menggunakan elektrik. Pembesaran suara – penggunaan sirkit-sirkit elektronik bagi tujuan mengubah bunyinya.

Sebagai contoh : Gitar elektrik, kibod, digital piano.

1 comment:

Pak Ngah said...

Tahniah Tuan Spark kerana artikel yang banyak membantu pelajar-pelajar dan juga orang seperti saya ini.