Header Ads

Majlis Khatam Al-Quran Berbuka Puasa dan Solat Terawih

SSJB pada hari ini telah melakar satu sejarah di mana seramai 20 orang pelajar telah khatam Al-Quran. Majlis ini adalah merupakan anjuran oleh Panitia Pendidikan Islam bermula pada pukul 5.45 petang.

Ini menunjukkan bahawa selain daripada aktiviti kesenian yang dijalankan, pihak sekolah turut mengambil berat mengenai aspek kerohanian dan moral di kalangan para pelajarnya.

Majlis dijalankan di Dewan Mini SSJB yang turut dihadiri oleh En Samsuddin bin Redza (Wakil Pengarah BSSK), Tn Hj. Aminudin Adam (PPD JB), En Mohd Hanafi Samad (Pen PPD Menengah).

Majlis seperti ini adalah merupakan kali kedua sejak sekolah seni ini mula beroperasi. Pada tahun lepas majlis ini di hadiri oleh Timb. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 6 Oktober 2007
http://sekolahseni.blogspot.com/2007/10/majlis-berbuka-puasa-bersama-tkppm.html



Sepanjang bulan ramadan ini, solat terawih untuk pelajar-pelajar SSJB diimamkan oleh pelajar dari Maahad Tahfiz Johor Bahru.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">