Lawatan Timb Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Dalam kesibukan pelajar dan jurulatih untuk persiapan produksi Malam Gala Kesenian SSJB, kami telah menerima kunjungan Dato Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Timb. KPPM.

Kunjungan beliau ke sekolah ini adalah untuk melihat sendiri perjalanan sekolah ini.
Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini adalah Pengarah BSSK,Pengarah JPN Johor, Ketua-ketua sektor, PPD , NYDP PIBG dan pegawai dari JPN dan BSSK.

Majlis dimulakan dengan sambutan di pintu masuk SSJB oleh pegawai, guru-guru dan pelajar dengan iringan kompang.

Satu sesi taklimat mengenai sekolah ini, telah dijalankan di Studio muzik dan pengetua telah mengambil kesempatan untuk mengemukakan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah yang dalam keadaan menumpang ini.

Masalah mengenai bilik darjah yang tidak mencukupi, pengunaan dewan untuk perhimpunan dan latihan. Maklumlah sekolah ini seringkali mendapat lawatan dan juga penggunaan dewan adalah perlu untuk mengadakan perhimpunan dan latihan persembahan, dan yang paling penting adalah di manakah sebenarnya tapak sekolah seni johor bahru ini?

Yg Berbahagia Dato' telah memberikan ucapan tahniah kepada pelajar2 ssjb yg telah menunjukkan persembahan berkualiti pada setiap persembahan yg pernah beliau saksikan. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan tapi hasilnya tetap melebihi standard yg dikehendaki.

Beliau akan memberikan feedback daripada pengetua kepada KSU dan beliau sendiri berjanji untuk memperjuangkan hal ini kepada KSU nanti dan bukannya setakat mendengar sahaja keluhan anak buahnya. Beliau mengakui bahawa beliau adalah seorang pejuang (fighter). Banyak motivasi yang telah beliau berikan kepada kami.

Lokasi sekolah ini menurut beliau seperti yg diberitahu oleh Pengarah JPN adalah di Indahpura Kulai berkeluasan 30 ekar dan satu lagi beliau tak nyatakan kerana beliau seronok bercerita sehingga lupa nak bagitau maklumat mengenai tapak yang kedua tu.
Beliau juga menyatakan tak dapat hadir ke Malam Gala Kesenian pada hari ahad nanti kerana terpaksa berada di Sek Sukan Bukit Jalil.

Selepas itu beliau telah melawat kesemua studio seni dan menyaksikan pra-tonton
MGK oleh pelajar2.

Sebaik sahaja tamat preview itu beliau yang sangat kagum dan gembira meminta mikrofon daripada pengacara dan memberitahu yang beliau telah menghantar sms kepada Menteri Pelajaran sendiri bahawa Dato Hisham patut datang untuk menyaksikan show MGK nanti.You must see this show.

Beliau sendiri yang pada awalnya tak mahu pergi terus memberitahu kepada semua yang hadir bahawa beliau sendiri akan hadir pada malam ahad nanti sementara majlis Perhimpunan Bulanan KPM di Putrajaya yg sepatutnya hadir pada keesokan harinya beliau akan cancel semata2 untuk menyaksikan show yang sungguh istimewa ini nanti.

Selepas itu majlis diakhiri dengan jamuan makan di Dewan makan.

3 Responses to "Lawatan Timb Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia"

zuda berkata...

Saya pernah dan banyak mengikuti sesi-sesi penerangan dan temu-bual tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan hal-hal pembelajaran yang dihadiri oleh Timb. KPPM, Dato Hajah Noor Rezan ini, khususnya di RTM. Saya berpendapat bahawa beliau memanglah seorang pejuang untuk memertabatkan anak bangsanya. Dari kata-kata yang dikeluarkan, beliau adalah seorang yang amat penyayang dan memahami setiap permasaalahan yang timbul. Dari apa yang diperkatakan tentang sekolah SSJB ini, ia sememangnya menaikkan semangat pelajar-pelajar dan juga harapan yang tinggi daripada ibubapa. Terima kasih Dato.

spark berkata...

Memang elok pun dipercepatkan pembinaan sekolah seni ni....

Orang yang melawat nanti kata indah khabar dari rupa pulak...

MooNelly berkata...

Ada yg tak suka kitalah ayahanda..


www. myspace. com/432138582