Header Ads

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Hari ini warga SSJB telah mengadakan satu majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Majlis ini telah turut dihadiri oleh En. Jalaludin bin Othman (Timbalan Pengarah Dasar dan Pembangunan Sukan BSSK), En. Md Hasidin bin Zaini (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Johor, En Saliman Selamat (Wakil PPD JB), Pn Rawiyah Mustafa Kamal (Ketua Unit Seni BSSK), Cik Hajah Roahana Ismail (Pengetua SSJB) dan pengerusi PIBG.

Majlis ini dijalankan di Dewan makan Asrama, bermula dari jam 12.30 tengah hari. Apa yang menariknya, bagi ibu bapa pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya telah datang dengan menyewa bas atas usaha En Jazlan selaku NYDP PIBG.

Majlis turut diserikan dengan persembahan muzik dan tarian di samping DJ corner yang dikendalikan oleh ayahnda Khairul Anuar.

Makanan yang disediakan secara buffet terdiri daripada pelbagai jenis menu seperti lontong, soto, sate, laksa johor dan nasi beriyani.



Selain itu, ibubapa tidak melepaskan peluang mereka untuk turut mengadakan pertemuan dengan guru-guru untuk berbincang dan mengetahui perkembangan anak-anak mereka yang berlajar di SSJB ini.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan acara karaoke oleh Pn Siti Hajar dan ibubapa, guru dan pelajar.

3 ulasan

zuda berkata...

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin" buat semua warga Sekolah Seni Johor Bahru. Lebih "cantik" lagi sekiranya majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tempohari dibuat secara tidak formal.

zuda berkata...

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin" buat semua warga Sekolah Seni Johor Bahru. Lebih "cantik" lagi sekiranya majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tempohari dibuat secara tidak formal.

spark berkata...

Iye lah... tapi sebab pegawai tu datang dari jauh, bagi la peluang untuk beri ucapan... lepas tu makan lah....

Terima kasih kerana sudi datang dan terima kasih atas komen anda


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">