Malam Gala Kesenian yang cemerlang


Sungguh jelas terbayang di wajah setiap warga SSJB akan kepuasan dan kegembiraan setelah berjaya melaksanakan satu majlis untuk meraikan kejayaan pelajar dalam bidang kesenian yang dipelajari oleh mereka. klik sini


Setiap pelajar daripada jumlah 166 orang kesemuanya terlibat dalam produksi tersebut.
Sama ada dalam bidang teater, visual, tari dan muzik.

Tidak lupa juga mereka yang bertugas di belakang tabir turut menyumbangkan tenaga mereka degan penuh komited seterusnya membuahkan satu kejayaan produksi yang gilang gemilang dan diiktiraf sendiri oleh Dato Hjh Noor Rezan binti Bapoo Hashim (Timb KPPM.



Tapi sayang rakaman daripada Video sekolah kurang dari segi mutunya. Adalah diharapkan kepada mereka yang telah membuat rakaman video dapat menghantarkannya kepada pihak sekolah untuk dibuat satu DVD yang telah diedit. Sila hubungi pihak sekolah 07-2262100 jika anda ingin membantu dan memberikan sumbangan tersebut.

Sebagai jurulatih muzik, aku amat berbangga dengan persembahan pelajar yang memainkan peranan yang besar sepanjang perjalanan produksi dalam bentuk , nyanyian, muzik latar, gabungan muzik gamelan yang memukau penonton, iringan muzik untuk kumpulan koir semuanya dimainkan secara 'live'.



Sekalung tahniah kepada semua musician. Semoga anda akan menjadi pemuzik yang profesional pada masa akan datang. Teruskan latihan...

Kepada penyanyi yang di anugerahkan suara yang sungguh lunak merdu, aku ucapkan syabas dan tahniah, terimakasih, arigato, thanks, nandre,shea shea. .

Walaubagaimana pun teruskan usaha untuk memantapkan lagi kualiti vokal tone masing-masing ok.

2 Responses to "Malam Gala Kesenian yang cemerlang"

zuda berkata...

Tahniah kepada pelajar2, guru2, jurulatih2 seni dan semua warga SSJB kerana dapat mempersembahkan suatu hasil kerja seni yang baik dan bermutu walaupun baru 'setahun jagung'. Tahniah dan terima kasih terutama kepada jurulatih muzik, Tn. Spark.

MooNelly berkata...

TerIma Kasih Puan..