Header Ads

Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu 23

Kepada pelajar-pelajar SSJB yang tak berpeluang menyaksikan AJL 23 yang lalu, (maklumlah tinggal di asrama) kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri rakaman persembahan oleh artis-artis yang menjuarai AJL 23.

Siapa sangka kumpulan Meet Uncle Hussien berjaya merangkul gelaran juara sekaligus menyingkirkan finalis favorit , Faizal Tahir. Pasti ramai peminat Faizal Tahir kecewa dengan keputusan ini.



Meet Uncle Hussain (AJL 23 Live)



Video Klip Lagu Untuk mu (Lagu Tema Filem Kami)

Apa pun, kehebatan Lagu Untukmu yang digubah dan liriknya ditulis sendiri oleh ahli kumpulan ini iaitu Taja, Tass dan Lan ini tidak boleh dinafikan. Lagu ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Walaupun mempunyai persembahan yang ringkas tetapi vokal yang dilontarkan oleh vokalisnya cukup mantap. Sebagai juara, Meet Uncle Hussien membawa pulang wang tunai berjumlah RM25 ribu berserta trofi. Lagu ini juga menjuarai kategori Pop Rock yang menawarkan hadiah RM12 ribu berserta trofi.

Pentas AJL 23 juga menyaksikan kemenangan berganda kepada Faizal Tahir. Walaupun gagal meraihkan gelaran Juara Lagu 23, tetapi dia dinobatkan sebagai Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Juara Balada. Dengan ketiga-tiga kemenangan ini, Faizal bagaikan menebus kekecewaannya pada Anugerah Juara Lagu 22 lalu apabila tidak berpeluang membawakan lagu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta kerana digam gara-gara aksi membuka bajunya. Pada malam ini Faizal membawa pulang wang berjumlah RM32 ribu berserta trofi.



Faizal Tahir - Sampai Syurga AJL 23


Faizal Tahir - Coba

Juara Etnik Kreatif pula menjadi milik lagu Persoalan Cinta, dendangan Farawahida, komposer Julfekar dan liriknya ditulis oleh Ku Seman dan Izza Rosley.

AJL 23 menyaksikan pertandingan 14 buah lagu oleh 13 artis-artis popular solo dan berkumpulan. Masing-masing berjaya mempamerkan kehebatan vokal dengan mengalunkan lagu-lagu yang dicipta oleh komposer dan penulis lirik terkenal melalui tiga kategori utama, Etnik Kreatif, Balada, dan Pop Rock.

Berkonsepkan Iluminasi Muzik , AJL 23 malam ini menerapkan sinaran dan keajaiban dalam acara yang gilang-gemilang. Pembukaan acara ini juga cukup menarik dengan persembahan stopping dance bersama nyanyian daripada One Nation Emcee.

Gandingan Ally Iskandar, Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai pengacara juga tidak menghampakan kerana berjaya menghidupkan suasana. Usik-mengusik yang diselitkan oleh mereka berjaya menggamatkan ruang stadium.

Sebelum kemuncak, acara karpet merah telah diadakan pada jam 7.30 malam yang menyaksikan selebriti tanah air hadir dengan menggayakan busana rekaan pereka-pereka fesyen terkenal. Bagaimanapun acara karpet merah ini hanya boleh disaksikan di laman web www.tv3.com.my dan www.gua.com.my.

Seperti tahun lalu, AJL 23 selain daripada bersiaran langsung di kaca televisyen, penonton dari seluruh dunia juga boleh mengikuti siaran langsung AJL 23 di internet di laman web www,tv3.com.my dan juga di www,gua.com.my. Hot FM, radio rasmi AJL 23 juga menyiarkan rancangan ini secara langsung.

Sebagai tanda prihatin terhadap mangsa-mangsa perang di Gaza Palestin, TV3 turut mengedarkan tabung-tabung Fund For Gaza semasa majlis berprestij ini berlangsung. Sambil berhibur orang ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke tabung-tabung yang diletakkan di pintu-pintu masuk Stadium Putra Bukit Jalil.

Tiada ulasan