Mesyuarat Penggubah Konsert DiRaja KPM 2009

Hari ini aku telah menghadiri satu mesyuarat panel penggubah lagu untuk Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia 2009 di Putrajaya.



Meyuarat telah dipengerusikan oleh En. Aznan bin Md Natar Pen Pengarah bhgn Ko Kurikulum. Mesyuarat telah membincangkan mengenai senarai lagu yang akan dipersembahkan, penetapan penggubah utk setiap lagu dan key lagu tersebut.

Selain daripada itu, beberapa orang penyanyi yang telah dikenalpasti bakat dan kebolehannya juga telah ditetapkan oleh pihak panel penggubah manakala satu sesi ujibakat akan diadakan untuk pemilihan penyanyi dan pemuzik yang lain.

Berlainn dengan konsert-konsert sebelum ini, pada kali ini tiada tema khusus. Konsert adalah berkonsep konsert DiRaja.

Konsert KPM pada tahun ini akan dijalan kan di Dewan Merdeka PWTC nanti.

0 Response to "Mesyuarat Penggubah Konsert DiRaja KPM 2009"