Header Ads

Persembahan Seni Muzik Bersamamu Gaza

Hari ini pelajar dari bidang kesenian membuat persembahan mereka untuk program Hari Bersamamu Gaza.

Pelajar dari bidang muzik membuat persembahan nyanyian lagu ciptaan oleh Munirah Musa, Khalilah, dan Aidilla yang dipersembahkan secara live oleh band

Sungguh menarik sekali persembahan yang ditunjukkan oleh kumpulan ini. Sehingga memukau para hadirin dan mendapat tepukan yang gemuruh.

Lagu ini telah dihasilkan liriknya oleh Aidilla dan Munirah manakala, muziknya digubah oleh Khalilah yang berentak R&B .

Walaupun muzik lagu ini agak rancak tetapi penyanyi bagi lagu ini iaitu Aidillah dan Nurul Syazliana dapat menyampaikannya dengan ekspresi sedih yang berkait rapat dengan lirik lagu tersebut.

Tahniah kepada anda semua. Teruskan berkarya.

Selanjutnya persembahan khas daripada Ayahnda Rahman dengan iringan keyboard oleh aku turut menggemparkan para peminat-peminatnya di SSJB ini.

Persembahan nyanyian yang sungguh bertenaga dan penuh ekspresi berjaya ditunjukkan oleh penyanyi berbakat ini. Beliau berjaya menjiwai lagu ini sepenuhnya dengan bantuan multimedia paparan suasana kesengsaraan anak-anak Palestin di layar di hadapan semua pelajar dan guru-guru sangat berkesan dihati mereka.


Good Job.

Di samping itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh mangsa-magsa kekejaman Yahudi di Gaza.

1 ulasan

Ahmad Aliff Yusof berkata...

Sila buat carian tentang 'Daniel Barenboim' dan Western-Divan Orchestra dan buat penyelidikan tentang latar belakang kata-kata kunci ini. Selamat mencuba.