Header Ads

Anggaran Belanja Mengurus 2010-2011

Hari ini, satu mesyuarat telah dijalankan oleh pihak pengurusan, jurulatih, guru-guru dan pembantu tadbir yang berkaitan untuk membincangkan mengenai anggaran belanja mengurus bagi tahun 2010 dan 2011.

Pengetua meminta kepada semua untuk memikirkan mengenai keperluan bagi Harta Modal untuk tahun tersebut dengan memetik kata-kata pengarah BSSK supaya "Utamakan Keperluan daripada Kepentingan".

Antara perbelanjaan yang berkaitan tentulah mengenai anggaran perbelanjaan untuk mengubahsuai studio-studio kesenian.

Semua yang hadir juga perlu juga mengemukakan justifikasi terhadap anggaran perbelanjaan yang hendak dibentangkan.

Format borang untuk ABM 2010-2011 telah diberikan kepada semua untuk dilengkapkan dan diserahkan kepada semua pentadbir pada hari ini juga untuk disemak dan dibuat pemurnian.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">