Mesyuarat Bersama BSSK, LPM dan PPK

Mesyuarat Bersama BSSK, LPM dan PPK tersebut dijalankan di Hotel Palace, Kuching Sarawak dari 4 - 6 Februari 2009.

Seramai enam warga dari SSJB akan ke mesyuarat tersebut bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan perjalanan dan pengurusan Sekolah Seni.

Perkara-perkara yang akan dibincangkan nanti adalah mengenai sukatan mata pelajaran Pendidikan Kesenian, Modul-modul Sukatan Pelajaran oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, masalah-masalah dan kaedah pentaksiran pelajar-pelajar berdasarkan tahap pencapaian band oleh LembagaPeperiksaan Malaysia dan Perlaksanaan Peperiksaan PMR 2009.

Masalah-masalah lain juga akan disentuh nanti.

SSJB akan diwakili oleh pentadbir iaitu Pengetua, PK Akademik, 4 orang jurulatih kesenian.

Diharapkan agar hasil daripada mesyuarat ini akan dapat merungkaikan segala kekusutan atau masalah yang dihadapi oleh semua yang terlibat terutama kepada jurulatih-jurulatih sebagai pelaksananya.